Isnin, 19 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Husam saman blogger Kickdefella RM5 juta

Posted: 19 Sep 2011 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya menersi tiga artikel tahun ini.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Baru petang ini.

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili peguam Hisham Fauzi.

Dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya  tanpa syarat, demikian lapor Harakahdaily.

Defendan diminta menyiarkan permohonan maaf dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat' pada 27 Januari 2011, artikel 'Sebelum kita lupa Normalam Sudirman' yang diterbitkan pada 3 Februari 2011 dan artikel 'Husam itu pembohong' pada 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut  dalam akhbar nasional harian Bahasa Malaysia selama satu hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suai manfaat.

Fitnah: Kes Khir Toyo saman Adun Sekinchan ditanggguh Februari

Posted: 19 Sep 2011 01:07 AM PDT

SHAH ALAM, 19 Sept — Perbicaraan kes saman fitnah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekinchan Ng Suee Lim yang sepatutnya bermula Isnin ditangguhkan ke Februari depan.

Tarikh baru perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Dr Badariah Sahamid pada 1, 2, 13 hingga 16 Februari, lapor Bernama Online.

Dr Khir (gambar) dalam samannya, yang difailkan pada Januari tahun lepas, mendakwa Ng cuba mencemarkan imejnya menerusi satu kenyataan, termasuk dalam media, berhubung pemilikan sebuah banglo.

Ng, dalam kenyataan pembelaannya, mendakwa beliau mempunyai justifikasi bersyarat untuk mendedahkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar itu.

Adun Sekinchan itu menafikan bahawa kenyataan berkenaan adalah fitnah, sama ada daripada segi fakta atau undang-undang.

Ng juga berkata kenyataan itu adalah ulasan adil yang dibuat demi kepentingan awam dan benar daripada segi fakta serta kandungan.

Pada 6 Julai 2009, Adun DAP itu mendakwa Dr Khir membelanjakan kira-kira RM24 juta untuk membeli sebuah banglo di Seksyen 7 di sini sedangkan pendapatan beliau dianggarkan hanya RM576,000 setahun, atau sejumlah RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun beliau menyandang jawatan.

Dr Khir menafikan dakwaan itu dan berkata banglo itu berharga hanya RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman bank selama 30 tahun.

Bagaimanapun, pada 6 Disember lalu, bekas Menteri Besar itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 dan beliau dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtarudin Baki memerintahkan Mohamad Khir membela diri terhadap tuduhan itu dan menetapkan 26 hingga 30 September ini untuk pembelaan.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved