Rabu, 21 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PM, isteri mahu ketepi sepina jadi saksi kes liwat Anwar

Posted: 21 Sep 2011 02:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Datuk Seri Najib Razak dan isterinya hari ini membuat permohonan untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan bagi menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dikeluarkan sepina bulan lalu untuk menjadi saksi pihak pembela selepas enggan ditemu bual secara tertutup.

Meksipun Najib dan Rosmah hadir di bangunan Mahkamah Tinggi untuk ditemu bual oleh peguam-peguam Anwar sebelum ini tetapi enggan memberi keterangan melainkan mereka disepina menghadiri perbicaraan.

MENYUSUL LAGI

PDRM anjur forum bincang akta baru ganti ISA

Posted: 21 Sep 2011 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan forum yang melibatkan pelbagai pihak bagi membincangkan undang-undang baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata ia bagi menentukan keselamatan negara dan rakyat akan sentiasa terjamin dengan undang-undang baru itu kelak.

"Kita mempunyai persediaan... dan kita akan mengadakan forum bagi menentukan keselamatan rakyat tidak akan tergugat dengan undang-undang baru yang akan ditentukan nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Triaj PDRM di balai polis Travers.

Ismail berkata antara pihak yang terlibat dalam forum itu ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN), pakar-pakar perundangan dan Jabatan Peguam Negara.

"Kerjasama bagi membicangkan perkara itu dilihat perlu bagi menentukan dan menjaga keselamatan negara pada masa akan datang," katanya dipetik Bernama Online.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa ISA dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved