Ahad, 25 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pakar: Putrajaya ‘boleh, patut bantu Kelantan laksana hudud’

Posted: 25 Sep 2011 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa membenarkan keadaan itu, kata pakar perlembagaan.

Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Putrajaya perlu membantu dengan memansuh Akta Mahkamah Syariah yang "mengikat tangan Mahkamah Syariah."

"Pusat juga perlu membantu dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan.

"Selain itu, pusat juga perlu membantu dengan membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

"Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa," katanya sambil menambah, sebenarnya apa yang Kelantan mencadangkan itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam."

"Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.

"Contohnya, sekarang perempuan Islam tak boleh cabar undang-undang poligami atau kuasa cerai suami atas alasan mereka didiskriminasi. Orang Islam kena faham Malaysia ada dua sistem undang-undang; jadi tak timbul tuntutan layanan sama rata," kata beliau lagi.

Oleh itu kata beliau, "kesimpulannya cadangan hudud Kelantan itu boleh dilaksanakan dalam kerangka yang sedia ada."

"Perlembagaan membenarkan cadangan itu. Kalau Karpal Singh tak setuju itu hak dia tapi dia kena sedar pendapat dia tidak mutlak. Satu lagi kesimpulan ialah faktor kritikal ialah kejujuran dan kemahuan politik," katanya lagi.

Aziz berkata, apa pun yang Kelantan hendak ialah hak negeri melaksanakan hudud dan persekutuan perlu memberi kerjasama tetapi ini sukar berlaku kalau dilihat dari sudut isu royalti minyak.

"Hudud ini sebenarnya mempertingkat undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Kesalahannya, contohnya zina, sudah mengikut Islam. Apa yang perlu dipinda ialah hukuman," katanya lagi.

Mengenai langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendapatkan pandangan bukan Islam, Aziz berkata, sebenarnya tidak perlu mendapatkan pandangan mereka mengenai pendirian mereka.

"Kita kena faham tentang sifat sistem perundangan di Malaysia. Kita sudah pun ada sistem perundangan syariah yang berfungsi seiring dengan sistem konvensional," katanya.

"Ia dalam lingkungan sistem Islam yang keluarga Islam beroperasi. Pada masa yang sama, kita ada sistem jenayah Islam," kata Aziz.

Jelas beliau, jika hukum hudud dilaksanakan ia akan dilakukan dalam struktur tersebut manakala bukan Islam akan terus tertakluk kepada undang-undang jenayah semasa, yang peruntukannya diturunkan dalam Kanun Keseksaaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

"Apa yang kita perlu lakukan ialah mengkaji semula sistem jenayah Islam semasa dan meminda peruntukan-peruntukan yang tidak selari dengan perundangan Islam," katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, Nik Aziz kelihatan memberi respons kepada beberapa pemimpin bukan Islam, dari MCA dan Gerakan serta DAP yang berpandangan bahawa ia akan menggantikan undang-undang jenayah semasa.

"Sebenarnya ia bukan isu. Sementara Nik Aziz faham undang-undang hudud, saya tidak pasti sama ada beliau faham sepenuhnya sistem perundangan.

"Nampaknya Nik Aziz berpandangan bahawa sistem semasa tidak islamik secara keseluruhan," katanya lagi.

Calon presiden ahli PPP, perhimpunan SNAP ditangguh

Posted: 25 Sep 2011 12:43 AM PDT

KUCHING, 25 Sept — Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan atas masalah teknikal, kata Presidennya Edwin Dundang.

Beliau berkata TGA akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penangguhan semalam.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang bermesyuarat semalam sebulat suara untuk membatalkan TGA setelah mendapati salah seorang calon untuk bertanding jawatan presiden iaitu Michael Lias merupakan anggota sebuah parti politik lain iaitu Parti Progresif Rakyat (PPP).

"Kita tidak tahu Michael anggota kepada PPP sehinggalah kita menerima surat daripada parti tersebut pada 21 September lalu yang menyatakan beliau masih ahli yang sah sejak 14 September 2009," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berikutan perkara tersebut, Lias perlu memberi surat tujuk sebab kepada CEC dalam tempoh 30 hari sebelum memberi keputusan sama ada beliau layak untuk kekal dalam SNAP.

Menurutnya SNAP tidak mahu sebarang masalah timbul dalam pemilihan pada TGA yang boleh membawa kepada pembatalan oleh Pendaftar Pertubuhan seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya sebagai sebuah parti pembangkang perkara tersebut boleh digunakan oleh pihak lawan dalam politik untuk menjatuhkan SNAP sekali lagi.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa pun dalam perkara ini, namun saya rasakan ada pihak yang mahu melihat SNAP dihapuskan," kata Dundang (gambar).

Dalam pada itu, Penasihat SNAP Datuk Seri Daniel Tajem berkata sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam membuat draf perlembagaan SNAP pada awal penubuhannya pada 1968, langkah untuk menangguhkan TGA itu merupakan langkah terbaik untuk memastikan parti tersebut kekal hidup sebagai sebuah parti politik di negeri ini.

Katanya walaupun TGA tersebut ditangguhkan namun mesyuarat sayapnya iaitu Wanita dan Pemuda SNAP adalah sah dari segi perlembagaan parti.

"Ia (sayap Wanita dan Pemuda SNAP) adalah bahagian yang berasingan mengikut perlembagaan parti dan penangguhan tersebut (TGA) tidak akan memberi kesan," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved