Isnin, 26 September 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Keluarga Sarbaini kaji fail keputusan inkues disemak, kata peguam

Posted: 26 Sep 2011 03:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mempertimbangkan kemungkinan memfailkan permohonan semakan keputusan inkues yang diumumkan hari ini.

Peguam keluarga Sarbaini (gambar), Awtar Singh berkata, pihaknya sedang menerokai opsyen-opsyen yang ada sebelum membuat keputusan muktamad.

"SPRM harus cukup berani untuk tampil dan memikul tanggungjawab, bukannya berselindung di sebalik sistem," kata beliau ketika ditemui pemberita hari ini.

"Tidak mungkin, tidak mungkin dia (Sarbaini) memanjat tingkap," kata Awtar yang tidak bersetuju dengan keputusan koroner Aizatul Akmal Maharani bahawa penolong pengarah Kastam itu mati selepas terjatuh dari paras setinggi sembilan meter.

Balu Sarbaini, Maziah Manap menyerahkan kepada iparnya Mohd Shah Jaafar untuk mengulas keputusan inkues hari ini.

"Kami minta maaf, kami tidak bersedia untuk bercakap kepada media sekarang," kata beliau.

Katanya, "kami akan memanggil sidang media apabila kami bersedia. Bukan hari ini."

Terdahulu, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Sarbaini tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.

Aizatul dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Sarbaini.

Kecederaan itu lebih membuktikan Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas, kata koroner. Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini 6 April lalu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Mengenai teori bahawa Sarbaini mengambil nyawanya sendiri atau membunuh diri, Aizatul Akmal berkata beliau tidak percaya dengan teori bahawa arwah akan berbuat demikian kerana ketiadaan bukti berlakunya perkara itu.

"Keterangan pakar patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Madya Dr Faridah Mohd Noor menunjukkan arwah tidak membunuh diri berdasarkan ketiadaan tanda-tanda yang biasanya wujud dalam kes sedemikian iaitu kelar di mana-mana bahagian anggota badan atau kandungan dadah atau racun di dalam badannya," katanya.

Aizatul Akmal yang membaca keputusan setebal 25 halaman berkata pakar perunding kanan patologi di Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Shahrom Abdul Wahid juga menolak kemungkinan bahawa arwah akan membunuh diri kerana tiada kesan luka akibat cubaan membunuh diri yang dijumpai pada tubuh Sarbaini.

"Tiada nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian dan tiada kesan dadah atau alkohol pada sampel darah si mati mahupun pada air kencing atau kandungan perut si mati, dan kedua-dua pakar itu menolak kemungkinan arwah mati disebabkan apa-apa penyakit (natural disease)," katanya dipetik Bernama Online.

Aizatul Akmal mendapati teori bahawa arwah telah dibunuh (homisid) disangkal Dr Faridah dan Dr Shahrom dalam keterangan mereka.

"Dr Faridah berpandangan arwah tidak dibunuh berdasarkan ketiadaan sebarang kesan luka tangkis pada anggota badan si mati dan tiada kesan pergelutan berlaku di tempat kejadian.

"Dr Faridah berpendapat arwah berada dalam keadaan sedar diri kerana kecederaan yang dialami menunjukkan arwah cuba melawan kejatuhannya sebelum terhempas ke lantai di tingkat satu bangunan itu," katanya.

Aizatul Akmal berkata Dr Shahrom juga menolak kemungkinan kematian arwah disebabkan homisid kerana hasil pemeriksaannya di tempat kejadian dan tubuh badan si mati menunjukkan tiada kesan pergelutan atau pergaduhan yang tidak berkaitan dengan kecederaan akibat jatuh.

"Dr Shahrom berpendapat sekiranya arwah dipaksa keluar dari tingkap pantri yang berada di tingkat tiga, bangunan SPRM, sudah pasti akan terdapat kecederaan akibat pergelutan atau pergaduhan dan ujian toksikologi juga adalah negatif untuk mencadangkan si mati telah diracun atau mengambil dadah," katanya.

Aizatul Akmal berpendapat sekiranya arwah dipukul, pengsan dan kemudiannya dibuang ke luar tingkap, pastinya tiada kesan beliau cuba melawan kejatuhannya.

RM100 juta hasil keuntungan judi untuk pendidikan, kata Najib

Posted: 26 Sep 2011 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi "perbincangan rapat" bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri (gambar) berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal  RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.

"Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil," kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved