Khamis, 22 September 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Mat Sabu didakwa lagi!

Posted: 21 Sep 2011 04:53 PM PDT

22 SEPT — Semasa dalam perjalanan ke Langkap, Perak semalam, saya terdengar dari suara radio dalam kereta saya berita bahawa Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok (21 September). Saya terus tersentak dan secara spontan memberitahu sahabat saya Man: "Jom kita pi esok!" Man yang memang terkenal orang yang setia dengan perjuangan parti terus respon pantas dengan hanya satu perkataan "mesti!" dengan jaminan itu saya tahu saya ada teman esok nak ke mahkamah memberi sokongan moral kepada Timbalan Presiden saya yang didakwa di atas pengkhianatan awam yang membawa maksimum penjara dua tahun.

Pagi tadi mahkamah Sesyen Butterworth tidak seperti biasa, ada banyak polis dan orang ramai sedang menunggu secara berkelompok di sana sini sehingga ke pintu masuk utama. Setelah bersalaman dengan ramai yang berhimpun di luar dan dalam perkarangan parkir bangunan mahkamah saya bersapa dengan para wartawan di pintu masuk utama. Saya mengambil keputusan untuk naik atas di bilik perbicaraan dengan harapan dapatlah saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS itu dan terus memberi sokongan moral kepadanya.

Baru sahaja tiga hari sudah, pegawai khas saya abang Hamdan menunjukkan gambar saya, Mat Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipakaikan dengan topi bintang tiga (komunis) sambil ditulis di bawahnya "mujahid kata balai polis bukit kepong yang diserang adalah sasaran penjajah" Agak besar juga gambar yang bersaiz poster itu ditampal semasa program Raya di Sungai Aceh Nibong Tebal yang dihadiri oleh TPM. Semasa saya sedang melayan pemikiran saya yang melayang ke poster nakal tempoh hari tiba-tiba saya terserempak dengan peguam Mat Sabu yang juga rakan baik saya iaitu Sdr Aminudin, YDP PAS Tanjung Malim. Dia terus bercakap dalam BI "what an insult, they asked us a bail of 15k, earlier they asked for 60k! The charge actually does not amount to that figure!" dia pun menerangkan pada saya bahawa tempoh hari kumpulan PSM pun hanya dikenakan jaminan 8k sahaja, kalau dibanding pendakwaan ke atas geng PSM lagi berat kata dia. "Ini memang betul-betul insulting!"

Ya saya setuju, ia sesuatu yang cukup menghinakan, malah saya menganggap kenyataan Mat Sabu hanyalah satu opini yang seharusnya didebatkan di pentas akademik samada untuk menafikan atau menyokong dengan hujah- hujah yang ilmiyah. Lagipun sejarah bukan maksom sehingga tak boleh dipersoalkan! Disiplin sejarah sendiri memperuntukkan ruang untuk menilai semula penulisan sumber sejarah itu sendiri, bukankah ini semua akademik? Saya tidak boleh bayang nanti bagaimana perbicaraan akan jadi bilik kelas untuk subjek sejarah di mana peguam akan membawa buku dan bahan sejarah manakala hakim akan menentukan fakta sejarah mana yang betul, bukankah itu melucukan? Sepatutnya kontraversi Mat Sabu dibahaskan oleh ahli akademik untuk dijadikan alasan menilai semula bagaimana sejarah kita ditulis dan apakah faktor kepengaruhannya sehinga beberapa fakta dilihat bercelaru? Dan sepatutnya yang menilai hujah ilmiyah ini semua ialah pakar sejarah yang neutral (pastinya bukan dari Majlis Profesor Negara) yang akan membuat rumusan untuk dibaiki fakta sejarah kita. Tapi apakan daya, kehendak orang politik sempit di negara kita ini terlalu bacul untuk mendebatkannya secara terbuka kerana nanti kelak akan terbongkarlah banyak perkara lagi tentang fakta sejarah yang cuba dimanupulasikan. Lagipun saya penuh yakin isu Mat Sabu yang menginterpretasikan sejarah demikian rupa dibalas oleh Umno dengan niat jahat untuk "membelasah" PAS melalui Mat Sabu. Mereka tak mungkin belasah PAS atas pentas ceramah atau forum, maka cara terbaik ialah heret ke mahkamah atas alasan ada 27 laporan polis terhadap Mat Sabu. Umno juga mahu apabila kes dalam perbicaraan tidak ada sesiapa yang boleh bercakap soal ini lagi, noktah!

Depan pintu bilik perbicaraan penuh dengan orang ramai dan wartawan, saya melalui celah orang ramai untuk masuk ke dalam dan lega apabila pintu dibuka, Mat Sabu betul- betul di hadapan saya sambil tersenyum menyambut saya. Beliau yang berjaket hitam dan memakai T shirt kolar bulat berwarna hijau bersalaman dengan saya cara komrade seraya berkata: "Terimakasihlah mai, depa la ni dok haru, dalam dok serang saya, Prof mana pulak bawak mai kata kita tak dijajah!" Mat Sabu sempat berseloroh dengan saya:"SPM dan PMR tahun ni kena tangguh dulu pasai nanti budak keliru nak jawab periksa! Kena jajah ka atau kena naung?" dia juga ucap terimakasih kat saya kerana antara yang awal menyokong kenyataan dia tentang sejarah kerana saya ada membuat satu artikel dan dihujung artikel saya mengatakan "Tahniah Mat Sabu kerana memaksa ahli akademik memunggah buku-buku yang selama ini tertimbus dalam perpustakaan tentang sejarah Malaysia!"

Saya mengenali Mat Sabu sejak beliau baru mula nak naik ketika saya belajar di pondok Pak Man Kedah. Kalau ada ceramah Mat Sabu kami akan keluar pergi dengar dan sebagai pelajar waktu itu saya harus akur agak tertarik dengan gayanya dan "loklaknya" ketika berceramah. Mat Sabu juga sering menyebut tentang ayah saya yang dianggapnya sebagai idola kerana ketegasan prinsip Pak Yusof Rawa. Atas alasan itu semua, saya mengenali Mat Sabu, apatah lagi apabila berkecimpung dalam PAS semasa Dewan Pemuda dan kini AJK PAS Pusat hubungan dengan Mat Sabu agak rapat. Khusus tentang Dewan Penyokong PAS yang saya terajui, terdiri dari bukan Islam dalam PAS, Mat Sabu banyak membantu dan menggalakkan perkembangan Dewan ini.

Pagi tadi sehingga tengahari, seluruh negara menanti apakah episode seterusnya? Pada 27hb Oktober beliau akan dibicarakan dan pastinya ia sesuatu yang menarik kerana bilik perbicaraan akan jadi kelas sejarah! Semasa Mat Sabu dan kumpulan lawyernya melangkah keluar dari pintu bicara, berpusu-pusulah wartawan mengerumuni Mat Sabu, saya terpaksa ketinggalan di belakang kerana orang ramai tolak menolak untuk mendapatkan "hero" mereka yang akan membuat PC di pintu utama bangunan. Semasa PC saya ada di sebelah Mat Sabu dengan kilauan lampu kamera dan lensa video wartawan, Timbaan Presiden PAS itu dengan tenang berucap: "Mereka memilih untuk debat di mahkamah dan tidak di pentas politik, saya dikenakan ikatjamin RM15k, ini cukup memeranjatkan sedangkan saya dalam semua perbicaraan saya sebelum ini tidak pernah tidak hadir perbicaraan kecuali dimaklumkan awal atas sebab yang tidak dapat dielakkan......" Demikian antara lain isi PC yang dibuat, sejurus kemudian kereta Camry putih meluncur di hadapan orang ramai dan Mat Sabu di bawa oleh unit amal masuk ke dalam kereta. Ada seorang lelaki agak berumur sebelum Mat Sabu beredar dengan penuh semangat berkata: "Mat Sabu! Kuatkan semangat!" Sejurus kemudian orang ramai pun bersurai dengan berlalunya kereta Camry putih. Saya yakin ramai yang kalau boleh mahu mengatakan kata semangat yang sama seperti lelaki akhir tadi, apatah lagi Timbalan Presiden PAS itu menjadi mangsa politik regim BN yang ada. Biarlah saya tegaskan lagi, isu Mat Sabu isu yang dipolitikkan untuk melengkapkan usaha membina imej Najib yang baru dan BN yang baru, ia bukan soal siapa bersalah dan siapa tidak, ia hanya keperluan BN dan Najib untuk terus berkuasa! Moga Mat Sabu tabah!

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist. 

We can be heroes, just for one day

Posted: 21 Sep 2011 04:34 PM PDT

SEPT 22 — Every human day is a trip into the unknown, and the only thing we have to be thankful is that we make it home by the end of it. Having someone waiting for us is a bonus bordering a plainer heaven.

Two things we keep in our sack in this arduous undertaking, which is in no way, shape or form our own construction.

That we may speak about our predilection, and count on the fact others have done it before — our heroes.

In Malaysia, even these autonomies are constantly re-examined by those with the power to determine, which makes me wonder, when will it end? More so, what will remain when they are done?

Speak up son, they want to hear

So let me express the need to express.

The Mat Sabu trial is a watershed moment for us, far more than what Prime Minister Najib Razak ironically promised a week ago.

One is a trial determining the liberty of a citizen, and the other is a legislative agenda from a man who consistently softens grand agendas to meet the public relations bar, but not the reality bar.

I've not spent a day in jail, the same goes for most of my countrymen. It fascinates me how lightheartedly these discussions are made in some circles. That everyone passes the buck on who actually is responsible for the prosecution long enough that eventually — through enough news cycles — no one knows anymore which stab killed Julius Caesar.

The whole Najib reform agenda is on a slippery-slope with this trial.

Malaysians are to see first-hand what is the prime minister's image of democracy evolving from the straitjacketed system currently seen here.

Freedom of speech is not about expression which is readily accepted by all, if anything the measure of free speech is always going to be the vituperative, leading, interpretative and testing.

A free society is one which deals better with what is intrinsically difficult to swallow. 

As John Stuart Mill states unequivocally, "If mankind minus one were of one opinion, then mankind is no more justified in silencing the one than the one — if he had the power — would be justified in silencing mankind."

However the Mat Sabu statements do not even reach the nadir of tolerance.

His have met the fringe of political opportunism. Take his words for the worse of what they could possibly mean, and then ask, how does it impact adversely the everyday Malaysian and his aspirations for a better nation?

How does any interpretation of colonial history's conflict combatants defame us today?

Though there will be well-thought of responses, they will be no more than that. Academic arguments — on both sides of the matter — with very few comprehensive conclusions.

It is twisted when the government of the day wants to prosecute people based on its need to secure a monopoly over the past.

Heroes will emerge, when all hell breaks loose

The human experience has many mini-paralysis episodes. To gather the gumption when lying down would do, man turns to heroes to go on.

To inspire or to aspire to.

Which is why it is just plain good manners to let people have their heroes and not quibble.

Thankfully, growing up in Malaysia all state agencies are ever so ready to present and tattoo on you at every given opportunity "state-sanctioned" heroes.

But heroes always reflect the times. Public schools in Malaya in 1950, when the Bukit Kepong Malayan police station was attacked by communist forces, would not have mentioned kindly about anyone opposed to British Malaya. The same would have persisted in Borneo as the new British administrators find their footing after replacing the Brooke family in Sarawak and the North Borneo Company in Sabah.

Libraries would have records of how Hugh Clifford put down the local revolt in Pahang and then later the restive Kelantanese were put in their places with the prompt quelling of natives upset with British taxation.

That we have restored Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Salleh, Mat Kilau and the rest to their proper spot in the development of Malaysia does underline this country does not cherish having been under British rule.

So the mixed feelings to the rest who have also opposed British rule, like the communists, is only expected.

As Mat Indera was involved in action which resulted in deaths to Malayan policemen in a British outpost, how considerably different was that situation to, say, British policeman Sergeant Sulaiman (Ceh Wan) who was mortally stabbed by Kelantan folk hero Tok Janggut?

I'll leave that as that.

It helps to identify the hero, as in what attributes maketh the hero.

A wide enough spectrum would be someone who exhibits belief in extreme conditions, shows great defiance, willing to intercede for others at considerable personal cost or dies dramatically.

Not all in order to be hero, but any one of it would do.

Whether it is Thomas More refusing to yield his faith to his King's loins, or bank robbing Victorian Ned Kelly in Australian lore, or Martin Luther King Jr inside a Birmingham jail or just Brandon Lee's unfortunate death, heroes thrive in their followers' minds.

The truer test would not be historical impact or present fan base, it always is longevity.

That more resounding realisation would probably upset the strategic thinkers in Putrajaya, that the real heroes will outlive them and their notion of heroism.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved