Isnin, 3 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Isma: Kerajaan pusat Pakatan tidak jamin hudud akan dilaksana

Posted: 03 Oct 2011 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memandang positif pendirian terbaru PAS yang mengulangi ikrar untuk melaksanakan hukum hudud jika dapat menguasai Putrajaya tetapi kerajaan Pakatan Rakyat belum jamin perundangan itu akan dikuatkuasakan.

Sebaliknya jelas Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman, walaupun Isma berpandangan bahawa pengertian pelaksanaan siasah syariah lebih luas daripada sekadar melaksanakan hudud, pihaknya menganggap pernyataan hasrat PAS itu suatu yang positif.

"Pada hakikatnya isu hudud yang disebut-sebut pada hari ini tidak lebih sekadar isu politik semata-matam," kata Abdullah Zaik.

"Ia tidak mungkin dapat dilaksanakan semata-mata apabila PAS atau Pakatan Rakyat menang pilihan raya. Pelaksanaan hukum hudud dan undang-undang Islam yang lain memerlukan sokongan yang lebih besar daripada semua pihak.

"Masih banyak ranjau dan duri yang menghalang pelaksanaannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, perkara yang diperlukan oleh perjuangan Islam hari ini lebih daripada sekadar hudud.

"Cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu dan umat Islam dewasa ini menuntut usaha yang lebih gigih dijuruskan kepada membina kekuatan jati diri dan keperibadian.

"Hanya umat yang memiliki kekuatan sahaja akan dapat memikul tanggungjawab menegakkan agama," kata beliau.

Selain hudud banyak lagi tanggungjawab fardu kifayah yang perlu dipikul oleh pemerintah Islam, katanya.

"Dalam Islam pemerintah melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah bagi pihak umat. Tanpa wujud umat yang beriman dan memahami Islam dengan baik adalah sukar bagi mana-mana pemerintah untuk melaksanakan apa-apa tanggungjawab syarak yang terpikul di atas bahunya," kata beliau lagi.

Justeru kata beliau lagi, bagi Isma, perbalahan parti-parti politik tentang hudud bukan satu isu pokok yang membina.

"Walau bagaimanapun, tindakan menyebut-nyebut isu tersebut dan meletakkan pendirian yang tegas terhadap pelaksanaannya pada masa akan datang adalah satu yang positif," ujar Abdullah Zaik lagi.

Merujuk kepada kenyataan yang  menyifatkan hukum hudud sebagai tidak adil kerana pelaksanaannya terhad kepada orang Islam sahaja, kata beliau, Isma berpendapat kenyataan tersebut dikeluarkan kerana hukum hudud tidak difahami dengan baik.

"Hukum hudud adalah satu ibadah dalam bentuk kifarat dosa (penghapusan dosa) bagi umat Islam untuk mengelakkannya daripada mendapat azab yang lebih pedih di hari akhirat.

"Orang bukan Islam mempunyai pilihan sama ada mengikut hukum hudud secara sukarela atau menggunakan undang-undang lain mengikut hukum agamanya," katanya.

Merujuk kepada kenyataan lain yang mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara yang berbilang kaum, katanya, Isma tidak menganggap kemajmukan bangsa dan agama di Malaysia sebagai penghalang secara mutlak terhadap pelaksanaan hukum Islam bahkan Perlembagaan sendiri telah meletakkan agama Islam sebagai yang tertinggi.

"Perkara yang menghalang adalah kesediaan rakyat Malaysia dari segi akidah dan kesatuannya," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, Isma faham realiti semasa dan pihaknya tidak menghukum mana-mana pihak dalam isu ini, tetapi sebagai seorang yang beragama Islam "kita harus berusaha dan berazam agar hukum Allah dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini."

Panel khas: Parlimen kata OK

Posted: 03 Oct 2011 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Parlimen bersetuju untuk mengadakan sebuah jawatankuasa pilihan khas bagi mengkaji pembaharuan pilihan raya meskipun kerajaan enggan memberi jaminan bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan sehingga syor-syor panel itu dapat dilaksanakan.

Ahli-ahli pembangkang menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sehingga jawatankuasa itu menyelesaikan tanggungjawabnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata soal pembubaran Parlimen adalah prerogatif Perdana Menteri.

"Kami tidak boleh memberi jaminan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan ketika jawatankuasa pilihan khas sedang bermesyuarat. Ia prerogatif Perdana Menteri dan konvensyen. Bukan sesuatu yang baru," katanya lagi.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved