The Malaysian Insider :: Bahasa |
Jais sahkan Bob Lokman ditahan kerana tiada tauliah Posted: 11 Oct 2011 03:11 AM PDT
Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. "Jais mengesahkan satu tangkapan telah dibuat ke atas pelakon dan penghibur, Bob Lokman atas ceramah yang dlakukannya di Masjid Sg. Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober (semalam). "Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais. Tangkapan dibuat berdsrkan maklumat awam," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Beliau dipercayai ahli dan pemimpin kedua PAS dikenakan tindakan oleh Jais. MENYUSUL LAGI Full content generated by Get Full RSS. |
MP PAS: Najib perlu jelas keraguan projek tapak TUDM Sg Besi Posted: 11 Oct 2011 01:50 AM PDT
"Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai 'projek Taek Jho Low' menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan dalam pelaksanaan 'Rolling Plan' Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). "Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. Bukan sahaja pindah milik tersebut amat meragukan dan menghapuskan kepentingan strategik dari segi pertahanan serta nilai sejarah pangkalan udara tersebut, malah berlaku pula keraguan demi keraguan lain, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini. "Sampai hari ini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur secara tunai sebanyak RM3.5 bilion dalam PetroSaudi International Limited yang kemudiannya melabur pula lebih RM1.5 bilion UBG Berhad di mana Jho Low menjadi ahli lembaga pengarahnya. "Rakyat juga mempersoalkan apa perlunya penglibatan syarikat-syarikat luar seperti Mubadala Development Company dan Qatar Investment Authority sebagai pihak yang memajukan projek yang digelar 'projek Taek Jho Low' itu sedangkan syarikat-syarikat tempatan lebih berkemampuan?" kata Salahuddin. Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang begitu dipertikaikan itu. Salahuddin juga melihat belanjawan itu lebih mementingkan projek-projek besar-besaran daripada menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat. Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada masalah dan penderitaan rakyat yang perlu diutamakan. Kata beliau, bangunan-bangunan di ibu negara masih mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, oleh itu perlunya projek pangkalan TUDM Sungai Besi. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan