The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pencari suaka: Tiada sokongan, PM Australia gugur pelan kerjasama Malaysia Posted: 13 Oct 2011 02:06 AM PDT
Sehubungan itu, Canberra berkata pihaknya akan memproses urusan permohonan pencari suaka di bumi Australia sendiri – keputusan yang diambil ekoran kegagalan mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen. Perdana Menteri Julia Gillard (picture) terpaksa melupakan pelan kerjasama dengan Malaysia sebab beliau tidak mempunyai sokongan yang secukupnya untuk meminda undang-undang migrasi yang membolehkan pertukaran pencari suaka, lapor Reuters petang ini. Langkah itu terpaksa diambil ekoran satu keputusan mahkamah akhir Ogos lalu. Jika Gillard meneruskan usaha mendapatkan sokongan menerusi pengundian, undang-undang itu sudah pasti akan muncul sebagai akta kerajaan yang pertama dalam 80 tahun ditolak oleh Dewan Perwakilan, sekali gus akan mengakibatkan kerajaan minoriti beliau berhadapan dengan dakwaan tidak boleh menguasai Parlimen. "Kita tidak berada dalam kedudukan untuk melaksanakan kerjasama dengan Malaysia," kata Gillard kepada pemberita tetapi berkata kerajaannya terus menyokongan pelan itu. "Nampaknya perundangan ini tidak akan diluluskan di Parlimen," kata beliau. Ini kegagalan kedua Gillard memperoleh kelulusan mengadakan pusat pemprosesan pencari suaka di luar tanah Australia. Tahun ini, Gillard mengumumkan bahawa Timor Leste akan menghos sebuah pusat tetapi gagal mendapatkan sokongan kerajaan negara baru itu ke atas rancangan itu. Full content generated by Get Full RSS. |
Sah, pegawai komunikasi Najib kini ketuai NSTP Posted: 13 Oct 2011 02:02 AM PDT
Jalil dilantik sebagai pengarang urusan NSTP menggantikan Datuk Zainul Ariffin Mohamd Isa. Difahamkan langkah itu diambil bagi memperkukuhkan NSTP yang menerbitkan akhbar perdana utama negara menjelang pilihan raya umum ke-13. Zainul akan kembali mengambil alih jawatan pengarang urusan e-media NSTP dan juga sebagai ketua Bahagian Media Baru Media Prima Berhad. Pagi tadi The Malaysian Insider membawa laporan mengenai perubahan di peringkat tinggi Media Prima dan anak syarikatnya NSTP. The Malaysian Insider difahamkan keputusan pelantikan baru itu dibuat pada mesyuarat lembaga semalam. Selain itu Media Prima juga mengumumkan beberapa pelantikan lain, kata satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Mohammad Azlan Abdullah dilantik sebagai ketua pegawai operasi NSTP dan menggantikan Datuk Anthony Firdauz Bujang yang sebelum ini menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif. Anthony akan mengakhiri tempoh perkhidmatannya di NSTP Disember ini selepas 12 tahun berkhidmat dengan Media Prima. Dalam pada itu, Datuk Mohd Ashraf Abdullah dilantik sebagai timbalan pengarang urusan rangkaian televisyen dan radio Media Prima – mengawal selia operasi editorial dan berita TV3, ntv7, 8TV, Hot FM, Fly FM dan One FM. Jeff Cheah See Hong pula dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Bhd menggantikan Mohammad Azlan manakala Farisha Pawanteh akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai operasi Primeworks Studio Sdn Bhd berkuat kuasa 31 Oktober ini, lapor Bernama memetik kenyataan itu. Ia merupakan perubahan besar dalam tempoh dua tahun ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan