Jumaat, 21 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Laporan Ketua Audit Negara dibentang Isnin

Posted: 21 Oct 2011 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menjadi isu kontroversi sejak minggu lalu, akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Ambrin berkata beliau akan memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) di Parlimen pada hari sama.

"Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan segala persiapan telah dibuat supaya Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentang pada Isnin, bersekali dengan laporan maklum balas yang disediakan Perbendaharaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan sejak 2010, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang pada hari yang sama dengan pembentangan belanjawan negara bagi membolehkan kedua-dua perkara berkenaan mendapat liputan saksama.

"Sejak tahun 1982 lagi, Laporan Ketua Audit Negara dimaklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan dapat mengetahui isu-isu yang dibangkitkan oleh audit dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan," katanya dipetik Bernama Online.

Ambrin menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

"Jabatan Audit Negara juga ingin menegaskan tidak ada apa-apa pindaan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkenaan," katanya.

Beberapa Anggota Parlimen mewakili pakatan pembangkang mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan hukum Aziz Bari kerana tekanan pihak ketiga, gesa staf akademik UIA

Posted: 21 Oct 2011 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa (PKAUIA) menyatakan sokongannya kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam menjalankan amanahnya sebagai sarjana sambil mengkritik atas campur tangan pihak luar ke atas sistem pendidikan negara ini, yang sepatutnya bebas dan bersifat profesional.

Kenyataan itu menegaskan, Aziz tidak harus dihukum hanya disebabkan reaksi pihak ketiga dalam isu semasa.

"Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Profesor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia," kata kenyataan persatuan itu dikeluarkan petang ini.

Tegas kenyataan itu, Aziz (gambar) merupakan seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Justeru katanya, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi ruang kepadanya untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat.

"Profesor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara," kata kenyataan itu lagi.

Sebaliknya kenyataan menegaskan, Aziz tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Aziz yang disiasat polis dan SKMM diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan digantung tugas.

Kenyataan itu menambah, sebagai seorang ahli akademik, Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya.

"Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini," katanya lagi.

Kenyataan itu juga menambah, "kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya."

Ia juga menegaskan sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

"Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara," katanya sambil menambah, "kebebasan akademik ini telah disaran oleh Unesco."


Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved