Sabtu, 22 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan ‘jauh lebih kecil’

Posted: 22 Oct 2011 02:08 AM PDT

Sebahagian peserta Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, Selangor 22 Oktober 2011. — Foto Choo Choy May

SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang.

Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.

Acara dimulakan dengan para hadirin dihiburkan lagu-lagu nasyid tetapi terganggu sebentar dengan satu pengumuman mengecam buku kecil bertajuk "Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Sekretariat Himpun sebelum ini berkata mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut.

Full content generated by Get Full RSS.

Muhyiddin: Gelombang biru di Selangor sudah bawa kesedaran baru

Posted: 22 Oct 2011 01:11 AM PDT

DENGKIL, 22 Okt — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sudah melihat "gelombang biru" di Selangor yang menunjukkan keinginan semula rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Gelombang itu sudah nampak berlaku di seluruh Selangor. Ada kesedaran baru kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku," katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.

Berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata ramai rakyat Selangor merungut tentang ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri dalam memahami naluri dan keinginan serta kebajikan mereka.

"Ramai rakyat Selangor termasuk peniaga berjumpa saya dan tanya bila pilihan raya... Mereka kata mereka tidak tahan lagi dengan (kerajaan) Pakatan; susah mahu berniaga, susah mahu hidup. 'Bila pilihan raya saya mahu pangkah BN'. Itu kenyataan yang mereka buat," katanya.

Muhyiddin (gambar) yang turun padang mendekati rakyat merentasi beberapa daerah di Selangor hari ini, berkata berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun, BN diyakini mampu membawa Malaysia ke tahap pencapaian lebih tinggi selaras dengan aspirasi rakyat.

Dipetik laporan Bernama Online, Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang rancak melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan selesa, aman dan sejahtera, sebagaimana ditekankan dalam Belanjawan 2012.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Selangor dilihat tidak mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat, seperti yang berlaku dalam isu pengurusan bekalan air di negeri berkenaan.

"Yang penting bukan soal kerajaan negeri nak berniaga dan mendapat keuntungan; yang penting ialah nasib rakyat kita di Selangor dan Wilayah (Persekutuan), hampir lima juta rakyat akan menanggung kesusahan nanti," kata Muhyiddin.

Beliau menggesa parti komponen BN supaya terus membantu rakyat Selangor dan sekaligus memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti.

Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM111,000 kepada 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di kawasan Parlimen Sepang serta sumbangan Deepavali kepada 1,300 penduduk.

Peruntukan RM100,000 akan disediakan untuk membaik pulih bangunan sekolah SJKC Dengkil, katanya.

Berucap pada pertemuan dengan warga pendidik sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat di Banting, Muhyiddin berkata mereka perlu mengambil pendekatan baru ke arah melahirkan modal insan berakhlak, kreatif, produktif dan inovatif selaras dengan keperluan Model Baru Ekonomi negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pihaknya sanggup memberi latihan kepada guru agama khususnya dalam kaedah pengajaran terbaru.

"Mungkin sudah berkesan (kaedah pengajaran sekarang) tetapi jika kita tidak mengambil kira teknologi, tak ambil kira persaingan dan masih lagi ambil pendekatan lama, tentu kita takkan menjana sumber manusia yang diperlukan untuk bersaing di peringkat dunia," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ada yang berpendapat tumpuan pembangunan ekonomi negara adalah hanya untuk kehidupan di dunia, tetapi sebenarnya pembangunan dalam konteks Islam mencakupi kehidupan dunia dan akhirat.

"Hendak kata kita berlebih-lebih sangat tidak juga, sebab ia selaras dengan tuntutan fardhu ain untuk diri kita dan fardhu kifayah untuk masyarakat termasuk yang bukan Islam," katanya.

Muhyiddin berkata rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman tanpa peperangan seperti di sesetengah negara lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved