Selasa, 25 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Cuepacs gesa kakitangan kerajaan protes kenaikan harga barang

Posted: 25 Oct 2011 02:49 AM PDT

KUCHING, 25 Okt – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan 1.3 juta penjawat awam di negara ini melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang terutama ayam mulai bulan depan.

Staf sektor awam akan menikmati bonus Disember ini dan kenaikan gaji awal tahun depan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata protes boleh dilakukan dengan mengurangkan kekerapan ke pasar selain mencari alternatif yang lebih murah bagi membantah tindakan peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.

"Penjawat awam belum mendapat manfaat gaji naik dan bonus, peniaga dah mula ambik kesempatan," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs dengan ketua jabatan dan penjawat awam di sini hari ini.

Kata beliau masanya telah tiba bagi semua penjawat awam bersatu dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna.

Fenomena kenaikan harga barangan terutama ayam berlaku di seluruh negara termasuk di negeri ini dan kesannya semakin dirasai pengguna.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sebelum ini, dilapor berkata harga ayam di Sarawak kini antara RM9.50 dan RM11.50 sekilogram bergantung kepada lokasi, susulan kekurangan bekalan sejak bulan lalu.

Bagaimanapun beliau mejangka harga ayam kembali ke paras biasa iaitu antara RM7.50 dan RM8 sekilogram pada pertengahan bulan depan apabila bekalan kembali normal.

Full content generated by Get Full RSS.

Peguam: Polis ambil gambar rumah, maklum selesai siasat Aziz Bari

Posted: 25 Oct 2011 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Polis telah melengkapkan siasatan ke atas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan mengambil gambar rumah beliau di Bandar Baru Selayang dekat sini petang ini.

Peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata pegawai penyiasat memaklumkan bahawa pihaknya telah melengkapkan siasatan, yang dijalankan di bawah Akta Hasutan sejak awal minggu lalu.

"Polis memberitahu kami bahawa mereka telah melengkapkan siasatan. Mereka meninggalkan rumah (Aziz) sekitar pukul 3 petang," kata beliau hari ini.

Zulqarnain berkata pihak polis datang sekitar pukul 2.30 petang tadi untuk melengkapkan siasatan.

"Mereka ambil gambar di dalam dan di luar rumah. Pegawai penyiasat kelihatan ambil nota walaupun tiada apa yang diambil dari rumah Prof Aziz," katanya.

Semalam pihak polis mengambil gambar pejabatnya di UIA selain komputer riba yang dibekalkan oleh pengurusan universiti.

Zulqarnain berkata beliau difahamkan pihak polis telah pun menyerahkan kertas siasatan kepada ketua Unit Pendakwaan Selangor tetapi telah dikembalikan bagi mendapatkan butiran lanjut.

MENYUSUL LAGI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved