Khamis, 27 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Murtad: Presiden PAS mahu akidah dimantap, himpunan bukan penyelesaian

Posted: 27 Oct 2011 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Okt — PAS mahu isu pemurtadan ditangani dengan memantapkan akidah umat Islam sendiri seperti konsep ditunjukkan oleh al-Quran dan Rasulullah, bukan setakat mengadakan perhimpunan besar-besaran.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan pelaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih baik mencegah gejala murtad.

Beliau melahirkan pendirian ekoran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Sabtu lalu di Stadium Shah Alam yang khusus membincangkan isu murtad.

Himpun yang dihadiri sekitar 5,000 orang meluluskan 10 usul antara lain menggesa kerajaan menggubal undang-undang khusus mencegah murtad.

PAS memutuskan untuk tidak hadir Himpun atas alasan ia bukan aktiviti parti politik.

"PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Rasulullah s.a.w. dengan cara memantapkan akidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan  dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna," kata beliau dalam satu kenyataan dibawa Harakahdaily hari ini.

Bagi PAS menurut Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat "cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut."

Selain itu, beliau mempersoalkan sama ada Himpun satu bantahan, "kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya."

"Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.

"Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?" soal beliau.

Kata Hadi, PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama di kalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan "pencuri! pencuri!" "Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang," kata beliau lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Ambiga: Rahim Noor umpama diktator, tak faham perlembagaan

Posted: 27 Oct 2011 02:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Okt ― Datuk Ambiga Sreenevasan mengecam Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor sebagai "diktator" yang tidak faham semangat Perlembagaan kerana bekas ketua polis negara itu sanggup menyamakan gerakan hak asasi manusia negara ini dengan komunis.

Pengerusi gabungan menuntut pembaharuan pilihan raya ini berkata, ucapan Rahim pada perhimpunan agung tahunan Perkasa semalam menunjukkan beliau kurang faham tentang hak asasi manusia dan status fahaman komunis pada hari ini.

"Ia satu pandangan yang hanya dipegang oleh diktator-diktator dan rejim-rejim yang menindas mahu membisukan suara berlawanan," kata beliau (gambar) The Malaysian Insider.

Semalam, Rahim menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.

"Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.

"Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang marxisme, sosialisme," kata Rahim.

Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai "agama baru", Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai 'laman spiritual' mereka dan melebarkan pengaruh mereka.

"Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia," kata Rahim sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.

Sehubungan itu, Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam berkata Rahim harus memahami Perlembagaan Persekutuan yang menyediakan kebebasan fundamental dan hak asasi manusia.

"Terbukti bahawa bekas ketua polis negara ini tidak sedar yang Malaysia juga berada dalam Majlis Hak Asasi Manusia dan kita menganggotai majlis dengan membuat janji dan komitmen kukuh berkaitan hak asasi manusia," kata Ambiga.

Bersih 2.0 meneruskan perhimpunan meskipun pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dan halangan termasuk mengharamkan gabungan itu.

Perhimpunan itu menghimpunkan sekitar 50,000 orang di ibu negara dan hampir 1,700 pula ditahan polis.

Susulan perarakan itu, pada awal Ogos lalu pentadbiran Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi membincangkan pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada Sabtu lalu, gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mengadakan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam khusus untuk membincangkan isu pemurtadan. Ia dihadiri sekitar 5,000 orang.

Di akhir tempoh perkhidmatannya sebagai ketua polis negara, Rahim mengakui telah mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan di Bukit Aman.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved