The Malaysian Insider :: Bahasa |
SPR: Undi awal selain polis, tentera dibawa kepada panel khas Parlimen Posted: 28 Oct 2011 02:30 AM PDT
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik. Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Taklimat PRU-13 kepada 24 Pegawai Pengurus dan 105 Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi negeri ini di sini hari ini. Aziz berkata jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13. "Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal, cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti. Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak," katanya. Beliau berkata SPR sedang menjalankan kajian berkenaan cadangan-cadangan itu sama ada sesuai dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang. Aziz berkata cadangan itu turut membabitkan petugas SPR yang akan diberi pilihan sama ada mahu mengundi awal atau pada hari mengundi sebenar. Beliau berkata jawatankuasa berkenaan juga akan membincangkan pelbagai perkara lain seperti peraturan terbaik semasa proses penamaan calon, kempen dan hari mengundi supaya tidak menimbulkan masalah. Jawatankuasa berkenaan, katanya, telah diberi masa enam bulan iaitu hingga April ini untuk mengemukakan cadangan penuh tetapi ia boleh mengemukakan cadangan sementara kepada SPR atau meminta melanjutkan tempoh itu jika perlu. Mengenai taklimat berkenaan, Aziz berkata Perak adalah negeri ketiga taklimat diadakan selepas Selangor dan Kelantan. Bagaimanapun, beliau berkata penganjuran taklimat itu bukan petanda PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat, apa yang pasti pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya 28 Jun 2013 iaitu selepas tarikh terbubarnya Dewan Rakyat secara automatik pada 28 April tahun sama. Berucap sebelum itu, Aziz berkata sebanyak 20,924 petugas akan terbabit dalam PRU-13 di Perak. Full content generated by Get Full RSS. |
Batal pindaan Akta Kerja atau hadapi kesan masa PRU, MTUC beri Najib amaran Posted: 28 Oct 2011 02:23 AM PDT
"Kami minta perdana menteri mendengar permintaan kami, suara kami bagi pihak 5.7 juta pengundi (pekerja). "Ada 5.7 juta pekerja yang berdaftar. Ini isyarat kami kepada beliau," kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor pada sidang media di sini hari ini. Badan induk kesatuan sekerja yang dianggotai 390 gabungan mewakili 802,323 ahli telah merancang untuk mengadakan piket peringkat nasional pada 3 November ini. MTUC mengesahkan bahawa piket itu, yang kedua selepas tindakan di kawasan bangunan Parlimen pada 3 Oktober lalu, akan diadakan 20 lokasi di seluruh negara. Pergerakan itu mendakwa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu akan memberi laluan mudah kepara para pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal. MENYUSUL LAGI Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan