Isnin, 31 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Balkis: Selangor tiada locus standi ketepikan keputusan RoS

Posted: 31 Oct 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Kerajaan Selangor dan lapan orang lain tidak ada locus standi untuk mengetepikan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membubar dan membatalkan pendaftaran Persatuan Kebajikan dan Amal Isteri-isteri Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Selangor (Balkis).

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendengar dalam Kamar permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh 10 pemohon – kerajaan Selangor, isteri Menteri Besar Selangor Puan Sri Salbiah Tunut, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering and Construction Bhd – mencabar keputusan RoS.

Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi, yang mewakili RoS memberitahu media bahawa sembilan pemohon itu hanya mencabar keputusan ROS berdasarkan bahawa mereka ada kepentingan peribadi sepenuhnya terhadap keputusan tersebut kerana dana mereka secara langsung atau tidak langsung telah menyumbang ke arah aktiviti sosial Balkis.

"Sehubungan itu, kita menghuraikan bahawa pemohon-pemohon itu kecuali Salbiah, hanya sebagai penyumbang kewangan kepada Balkis, gagal membuktikan hak perundangan mereka dan dengan itu, mereka tidak ada locus standi untuk menerima sebarang perintah daripada mahkamah mengenai pembubaran dan pembatalan Balkis," katanya dipetik Bernama Online.

Sementara itu Peguam Derek Fernandez dan S Selvarajah memberitahu pemberita bahawa mereka telah memberikan hujah bahawa notis untuk membubarkan Balkis tidak pernah disebut dalam agenda mesyuarat semasa mesyuarat untuk membubarkan Balkis.

Fernandez juga berkata mengikut undang-undang Menteri Dalam Negeri boleh mengecualikan pembubaran Balkis mengikut peruntukan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966, tetapi dalam kes ini, beliau berkata, menteri telah melakukan kebelakangan, setelah akta itu dibuat.

Beliau berkata RoS hanya membatalkan pendaftaran Balkis pada 11 Februari 2009 tetapi surat pengecualian bertarikh 20 Mac 2009.

Fernandez juga memberitahu bahawa Hakim Datuk Rohana Yusuf dijadual memberikan keputusan pada 30 November.

Balkis menjadi bahan perbualan apabila Abdul Khalid mendakwa bahawa terdapat penyalahgunaan dalam dana Balkis di bawah bekas presidennya Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.

Dalam permohonan itu, para pemohoan antara lain memohon satu perintah untuk mengetepikan keputusan RoS, satu pengisytiharan bahawa keputusan itu batal dan tidak sah serta mendaftarkan semula (mengambil) pertubuhan itu (Balkis).

Full content generated by Get Full RSS.

Isu Elton John: Pemuda PAS bukan Taliban, malah tidak tiru cara Taliban

Posted: 31 Oct 2011 12:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan mempertahankan kenyataan pihaknya mengenai konsert Elton John bulan depan sambil menegaskan, saya muda parti Islam bukan "Taliban dan tidak meniru pendekatan Taliban."

Malah kata beliau, Dewan Pemuda PAS juga bukan ekstrem dan menjadi hak mereka untuk mengatakan pendirian mereka tidak bersetuju dengan penganjuran konsert-konsert yang tidak sihat di negara ini.

"Jangan salah faham... kami bukan Taliban, kami juga tidak pernah meniru cara Taliban. Pandangan yang kami lahirkan bukan bermaksud kita bertindak ekstrem, menghalang sesiapa daripada menghadiri konsert, menyerang mana-mana pihak (yang menghadiri konsert)... tidak, tidak," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dalam laporan dibawa The Malaysian Insider pagi tadi, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang semalam diselar Pemuda PAS sebagai "keterlaluan", menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar "jangan tiru Taliban" dalam pendirian mereka menentang konsert artis itu di Malaysia bukan depan.

"Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban," katanya.

Petang semalam, Nasrudin (gambar) menyelar Asri yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert artis, yang dikaitkan dengan amalan gay, di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri sebagai "belum mengenali Pemuda PAS", Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

Sambil menekankan bahawa pihaknya tiada kuasa untuk membatalkan atau menghalang konsert-konsert yang tidak sesuai mengikut nilai negara ini, Nasrudin berkata, pandangan yang pihaknya lahirkan selama ini termasuk dalam isu konser Elton John bertujuan menyatakan pendirian tidak bersetuju.

Justeru itu kata beliau, adalah tidak bagi mana-mana pihak mengatakan Pemuda PAS sebagai ekstrem ataupun mengikut langkah golongan Taliban.

"Ini bukan kali pertama kami mengambil pendirian seperti ini. Sebelum ini pun ada. Lagi pun bukan semua konsert kami membantah. Malah golongan bukan Muslim juga setuju anak mereka terikut-ikut dengan perkara tidak sihat," kata beliau.

Ketika ditanya sama ada tindakan mereka akan menjejaskan peluang partinya dalam pilihan raya umum ke-13, Nasrudin berkata, "tidak, tidak... saya percaya tidak."

"Ini kerana mereka yang dekat dengan kami, aktiviti pergerakan Pemuda PAS akan faham pendirian kami. Oleh itu, kami pasti tidak," katanya.

"Orang ramai perlu tahu bahawa kami membantah konsert hanya untuk mengatakan rasa tidak bersetuju kami, itu sikap kami.

"Kalau pihak mereka dan kerajaan mahu terus membenarkan konsert, kita tidak boleh buat apa-apa. Kita tiada kuasa untuk menghalang dan tiada kuasa untuk membatalkan," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved