Isnin, 10 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Hypocrisy hampers deficit reduction agenda

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

OCT 10 — If one throws a dart randomly at those pieces of paper pinned on the wall, there is a good chance the dart will land on a handout provision. Those papers are the 2012 Budget.

The Budget, as tabled by the Najib administration, is an election budget. Civil servants, teachers, the police force, the Armed Forces, pensioners and others will get their share regardless of justifiability.

Meanwhile, the subsidy liberalisation programme that the Najib administration was so gung-ho about earlier has taken a back seat, half-baked and emitting a stench called hypocrisy.

Idris Jala, a man who unproductively exaggerated that Malaysia would go bankrupt if the government expenditure continued to rise, now praises the Budget of goodies.

Such is the loyalty of some men to ideas and principles. The wind blows and the mind changes. There is no principle to stick to because only political convenience matters.

Never mind the contradiction and hypocrisy. Voters have a short memory span. Give them money and they will go gaga. It is all about winning elections, not honesty and consistency.

The financial position of the federal government could be in a better shape if the administration had necessary honesty and consistency instead of bending backwards to accommodate the monster of populism.

Without the populism, the fiscal deficit for year 2012 — the Najib administration projects to be 4.7 per cent of nominal gross domestic product (or RM33.8 billion in absolute terms) — could be lowered considerably.

It could possibly go down as far as 3.7 per cent of nominal GDP if all the subsidies, one-time transfer payments and other election-related handouts are flushed down the drain.

Admittedly, the drastic reduction will be a shock to the system that none might want to experience amid the present global economic uncertainty.

Yet, in times of uncertainty, it is only prudent to save for a rainy day even within political needs. This is doubly true given that regardless what was said and done about the importance of domestic demand, external demand is still wildly important to the domestic economy.

Furthermore, a number of analysts have already voiced out that the government's revenue figures are too optimistic for a pessimistic world. That is all the more reason for observers to be conservative with the federal government's finance.

The fiscal deficit can be brought down still lower even with political considerations in mind. Removing the RM3,000 one-off gift to 4,300 individuals, another RM3,000 one-off transfer to an expected 3.4 million individuals and the KAR1SMA programme that will cost RM1.2 billion off the Budget while keeping the bloated subsidy regime intact, the deficit for the year 2012 could stand at 4.4 per cent out of nominal GDP instead of the higher projected 4.7 per cent.

One could argue that these programmes are welfare enhancing, hence they deserve to be written into the 2012 Budget. In order to forward that argument, however, one has to believe in it first. Honesty is required.

Unfortunately, many of those within the government who now say these are caring measures are exactly those who accused these same measures of being irresponsibly populist. This suggests one thing. Their only moral compass involves one question: where did the idea come from?

If it is from across the aisle, it is destructively populist. If it comes from their side, the same measures are caring.

This is not a sincere moral system, for the currency is political convenience. The slogan is "win the election and forget anything else."

If honesty were of any value, these programmes — regardless of whether they are labelled populist or caring — should have given way to a deficit reduction agenda. With honesty and consistency, the federal government would have a smaller deficit, so that there is less taxation for all of us with all else being the same.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Mantera Sanjivini

Posted: 09 Oct 2011 04:41 PM PDT

10 OKT — Hikayat dan epik klasik umpama telaga di mana makin ia digali, semakin banyak air yang dapat diperoleh daripadanya.

Membaca "Ramayana", "Sejarah Melayu", "Mahabharata" dan "Hikayat Hang Tuah" (misalnya) pasti membawa kesan emosi dan intelektual yang berbeza sebelum dan selepas Reformasi (1998); sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008) serta sebelum dan selepas Bersih 2.0 (Julai 2011).

Contohnya, dikisahkan dalam "Mahabharata" bahawa pada suatu ketika, berlaku persengketaan antara golongan dewa yang menghuni kayangan dan golongan "asura" atau raksasa yang menghuni bumi.

Golongan dewa beranggapan mereka lebih berkuasa dan lebih istimewa berbanding golongan "asura" yang dianggap berkedudukan lebih rendah.

Tambahan pula, puak dewa mempunyai kelebihan tinggal di kayangan (ala-ala Putrajaya?). Maka, secara automatik, mereka beranggapan bahawa mereka lebih istimewa berbanding puak "asura" yang hodoh dan tinggal di bumi.

Semasa berlaku sengketa, kedua-dua kelompok memiliki pakar rujuk masing-masing. Kumpulan dewa sentiasa meminta panduan dan tunjuk ajar daripada Brihaspati iaitu seorang dewa yang terpelajar dalam bidang pengajian veda. Apa sekali pun arahan dan panduan Brihaspati, pasti dituruti para dewa tanpa dipersoalkan.

Kisah Sukracharya dan Kacha sering dipersembahkan menerusi Kathakali.

Bagi kelompok "asura" pula, pakar rujuk mereka ialah Sukracharya iaitu raksasa yang menghafaz mantera Sanjivini. Keistimewaan mantera Sanjivini adalah bahawa mantera berkenaan mampu menghidupkan semula apa-apa benda bernyawa yang mati.

Apabila berlaku pertempuran antara puak dewa dan "asura", pasti ramai yang terkorban di kedua-dua pihak. Bezanya, di pihak golongan "asura", Sukracharya hanya perlu membaca mantera Sanjivini dan serta-merta tentera asura yang terkorban akan hidup semula.

"Hal ini tidak boleh berterusan," kata para dewa. "Golongan 'asura' yang hina itu memiliki ilmu istimewa. Kuasa di pihak mereka adalah berterusan dan tidak boleh dipatahkan. Semakin kita membunuh mereka, semakin mereka hidup semula dengan semangat lebih kental untuk menentang kita."

Ternyata golongan dewa semakin bimbang melihat kekuatan istimewa yang dimiliki puak "asura". Kuasa dan kekuatan yang dimiliki puak "asura" tidak boleh dimusnahkan. Makin diperangi, makin kuat pula puak "asura".

Di pihak golongan dewa pula, setiap kali mereka menyerang puak "asura", pasti ada yang terkorban. Secara logik, kekuatan puak "asura" tidak berkurangan sedangkan kekuatan puak dewa semakin susut.

"Kita mesti lakukan sesuatu! Kalau tidak boleh dilakukan secara baik, kita gunakan taktik licik. Yang penting, kuasa kita mesti berkekalan. Puak 'asura' tidak boleh dibiarkan berkuasa. Jika mereka sudah bangkit, puak dewa tidak akan ada tempat lagi di kayangan. Segala kemewahan yang kita miliki sekarang akan hilang," kata para dewa dengan penuh bimbang.

Setelah mengadakan mesyuarat dan rundingan peringkat kabinet, golongan dewa memutuskan untuk meminta bantuan Brihaspati yang bijak pandai. Ada pun, Brihaspati juga risau memikirkan masalah yang sama.

"Sukracharya adalah satu-satunya individu yang tahu mantera Sanjivini. Dia tidak pernah mengajarnya kepada sesiapa. Malah, dia tidak pernah mengucapkan mantera itu dengan suara lantang melainkan diucapkan dalam hati," kata Brihaspati. "Jadi, kita perlu fikirkan cara untuk masuk ke dalam hatinya untuk mempelajari mantera Sanjivini."

"Maksudnya?" Beberapa dewa bertanya kerana kurang faham apa yang dimaksudkan.

"Seseorang perlu mendapat tempat dalam hati Sukracharya. Apabila orang itu benar-benar dipercayai oleh Sukracharya, pasti akan diajarnya mantera Sanjivini," Brihaspati menjelaskan.

Akhirnya, anak Brihaspati yang bernama Kacha dipilih untuk misi tersebut. Dia seorang dewa muda yang tampan. Golongan dewa pasti bahawa Kacha akan mampu melaksanakan misi yang diberikan kepadanya.

"Kau harus berguru pada Sukracharya. Kau harus menambat hati 'asura' itu. Apabila dia sudah benar-benar menaruh rasa percaya yang tidak berbelah-bagi terhadap kau, itulah masanya kau harus cuba mendapatkan mantera Sanjivini daripadanya," Brihaspati mengarahkan anaknya.

"Bagaimana kalau dia tidak mahu mengajar mantera itu kepada saya?"

"Kau gunakanlah apa cara sekali pun (kecuali tuduhan diliwat?). Apa yang penting adalah bahawa kau mesti berjaya mendapatkan mantera Sanjivini. Mantera itulah kelebihan puak 'asura' yang terhina itu. Kalau kita memilikinya, golongan dewa akan dapat berkuasa mutlak di seluruh mayapada. Golongan asura yang sedang melakukan reformasi dapat dimusnahkan dengan mudah," kata Brihaspati.

Maka pergilah Kacha ke tempat tinggal Sukracharya setelah berjanji akan melaksanakan misi yang diberikan.

"Saya Kacha, anak kepada Brihaspati. Saya ingin berguru pada tuan," kata Kacha dengan penuh sopan sambil menyembah di hadapan Sukracharya.

Sukracharya tahu bahawa Brihaspati adalah golongan dewa. Bagaimanapun, seorang guru tidak boleh menolak permintaan seorang murid yang mahu berguru padanya.

"Ayah kau seorang dewa yang terpelajar dalam bidang veda. Aku berbangga dapat menjadi guru kepada anaknya. Jika niat kau baik, maka aku terima kau sebagai murid," kata Sukracharya.

Maka, Kacha berguru pada Sukracharya selama bertahun-tahun lamanya. Mengikut tradisi, seorang murid perlu tinggal bersama-sama gurunya dan membantu dalam segala tugas harian. Tugas utama yang diberi kepada Kacha adalah mengembala lembu-lembu milik Sukracharya.

Sukracharya mempunyai seorang anak bernama Devayani. Secara semula jadi, gadis jelita itu mula menaruh minat terhadap Kacha yang tampan dan berasal daripada golongan dewa. Namun, menyedari hakikat bahawa Kacha sedang berguru pada ayahnya, Devayani terpaksa memendam rasa.

Golongan "asura" pula mula tertanya-tanya tujuan sebenar kedatangan Kacha untuk berguru pada Sukracharya. Mereka menyangka bahawa dia mahu menggoda Devayani.

Lalu, pada suatu hari, semasa Kacha mengembala lembu di padang, sekumpulan "asura" membunuhnya. Mayat Kacha dikerat dan diberi makan pada anjing.

Pada senja berkenaan, Devayani mula risau kerana Kacha tidak pulang bersama-sama kumpulan lembu. Lalu diadunya kepada Sukracharya. Maka, bibir Sukracharya mula terkumat-kamit membaca mantera Sanjivini.

Sejurus selepas itu, Kacha kelihatan berjalan pulang. Keadaannya sangat normal. Tiada sebarang tanda dia dibunuh dan mayatnya dikerat-kerat.

"Sungguh ajaib," kata Kacha kepada Devayani. "Saya diserang dan dibunuh sekumpulan pemuda puak 'asura'. Entah apa yang berlaku selepas itu. Tiba-tiba sahaja saya mendapati saya sudah pulih dan mampu berjalan pulang."

Sukracharya terpaksa 'berkorban' demi anaknya.

Tidak lama kemudian, pada suatu hari, Kacha pergi ke hutan untuk memetik bunga yang diminta oleh Devayani. Sekali lagi, dia diserang sekumpulan pemuda "asura". Kali ini, mayatnya dikerat, dilenyek dan dibuang ke dalam laut.

Pada kali ini juga Kacha berjaya dihidupkan semula oleh Sukracharya menggunakan mantera Sanjivini. Perasaan kasih Devayani terhadap Kacha pula semakin bertambah. Tentu sahaja perkembangan ini membuatkan para pemuda asura semakin mendendami Kacha.

Bagi kali ketiga, Kacha dibunuh dan mayatnya dibakar menjadi abu. Kemudian, abu itu dicairkan dalam teh dan dihidangkan kepada Sukracharya. Raksasa tua yang tidak menyedari kandungan teh itu terus meminumnya.

Senja itu, Devayani mengadu, Kacha belum pulang. Maka, Sukracharya mula membaca mantera Sanjivini. Anehnya pada kali ini, roh Kacha bersuara dari dalam tubuh Sukracharya.

"Mayat saya dibakar dan abunya dicampurkan dalam teh yang tuan minum sebentar tadi. Saya kini berada di dalam tubuh tuan."

Sukracharya terkejut. Kalau dia menggunakan mantera Sanjivini untuk menghidupkan Kacha, dia pula akan terbunuh. Devayani juga mula menangis. Dia sayang akan ayahnya dan dia juga sayang akan Kacha. Dia tidak mahu kehilangan mereka.

Akhirnya, Sukracharya tiada pilihan lain. Dia mengajar mantera Sanjivini kepada Kacha yang berada di dalam tubuhnya. Kemudian, Sukracharya membaca mantera berkenaan untuk menghidupkan Kacha. Sebaik sahaja Kacha muncul dari dalam tubuh Sukracharya, lelaki tua itu pula meninggal dunia.

Bagaimanapun, Kacha menggunakan mantera Sanjivini yang baru dipelajarinya untuk menghidupkan semula Sukracharya. Maka, Devayani terasa sangat gembira. Bagaimanapun, kegembiraannya hanya sementara.

"Saya telah muncul dari dalam tubuh Sukracharya. Maka saya juga adalah anak kepadanya. Dengan itu, saya tidak boleh menerima cintamu."

Setelah berkata begitu, Kacha bersedia untuk pulang ke kayangan dengan perasaan gembira kerana sudah berjaya melaksanakan misi yang diberikan untuk "mempertahankan" kayangan.

Bagaimanapun, tentu sahaja Kacha tidak dapat pulang ke kayangan dengan begitu mudah …

Kisah ini pernah saya kongsikan menerusi majalah Siasah pada tahun 2003 dan ternyata ia masih "segar" hingga hari ini. Terpulanglah bagaimana anda mahu mentafsirnya mengikut perkembangan semasa.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved