Ahad, 16 Oktober 2011

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


The art of window cleaning 25 storeys above ground

Posted: 15 Oct 2011 05:38 PM PDT

OCT 16 — These days my outside world is somewhat cloudy. Dirt-stained, in fact.

I wake up in the morning unsure if it is hazy out or whether I'd forgotten to put my glasses on. Or, from 25 floors above ground whether it is raining in the distance.

Then I realise it is the state of my windows. Unwashed since April 2010. When we first moved here, I'd wondered how people cleaned their windows at this height. My neighbour on the 52nd floor has hers cleaned every week (!).

The homeowner/ resident does not usually trouble himself with such a death-defying act. They have their helper do it instead. I've had water drip onto me (bird pee?) only to look up and spy a hand wielding a washcloth or a sponge through an open window.

Don't look down. Window cleaning is only for the brave. — Picture by Anita Anandarajah

In our previous two-storey home, when it was just my husband and I, window cleaning was never an option. The subject came up often enough but the weather was often too cold and we did not own a ladder nor could we afford to hire a professional to do a proper job. So we left it to the rain. The same applied to our car which saw the inside of a car wash once a year.

After moving to our apartment in Hong Kong, post-renovation left our windows covered in dust so I tried getting my once-a-week help to clean the exterior of our windows. I figured it was a norm to make such a request here.

A no-nonsense 40-something Filipino, she gave me a disapproving look and flatly refused to. "I clean only the inside," she said.

She put her foot down on cleaning the ceiling fan too when she saw the rickety orange stool I offered for her to stand on. "Don't you have a ladder?" she asked.

In all honesty, I admired her firm stance on preserving her longevity. Nonetheless it did not stop me from climbing onto that stool to clean the fan after she had left.

The fact is most employers expect their domestic helper to clean windows inside out. There is no safety harness, only a long-handled squeegee.

Some windows do not have grilles which, if you can picture it, on a high-level floor, means sticking half your body out, facing strong wind.

I almost dropped my squeegee once — the first and only last time I cleaned my windows in the 42 months I've lived here. I shuddered to think of the children who may have been in the playground below had the rod landed on them.

Another thought dawned on me: my son may decide to 'help' me clean the windows one day after watching me do so. So we've learned to live with a freckled view of Victoria Peak.

One helper lost her life last month when she was performing a similar act from the 10th floor of her employer's home in Pok Fu Lam. Indonesian Istiqomah, 30, from East Java, is believed to have fallen to her death while cleaning windows, The Jakarta Post reported.

Sadly, Istiqomah is not the first helper to lose her life this way. Nor will she be the last.

Back home, cleaning windows is pretty straightforward. I never liked it but my mum was no slave driver. Using scrunched up newspaper and water, I scrubbed only as far as my hand could reach.

Watching my neighbour's maids though, I can say it was no walk in the park — or roof for that matter. Scaling the balcony and tiptoeing across roof tiles is scary stuff even if only four metres from the ground.

So how does one keep the windows clean from such great heights, especially when family visits from good ol' Malaysia where windows are cleaned religiously?

My mum-in-law is the first to notice dust bunnies so in an attempt to be a filial daughter-in-law I Googled "cleaning windows Hong Kong" ahead of her visit.

Here is what I came across:

1.    "The normal practise here is to tell your helper to do it";

2.    "Get one of those window cleaners with a sponge on the other end with a strip of rubber on top of it";

3.    "We clean those which open next to other windows but otherwise don't bother and only clean the interior side of the windows";

4.    "My helper cleans the windows only from inside, when the kids are at school. We have absolutely forbidden her to risk her life for a clean window. We think it's not worth it and we don't want to see the kids to see her climbing on the windowsill as they love to copy her. Yes, the windows are dirty from outside but we don't mind. As long as the rest of the house is clean";

5.    Use a magnetic window cleaner which cleans the inside and outside of the window simultaneously by securing both sponges in place (Note: this item does not seem to be on the market anymore); and

6.    "Normally we just wait for the typhoon to do the job."

So if you ever come to my home, please squint a little while admiring the view. You may just make it past the mottled panes. Unless of course the typhoon's made it's round the day before.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Saya mohon maaf’

Posted: 15 Oct 2011 05:28 PM PDT

16 OKT — Apakah kesilapan yang paling mengaibkan sepanjang hidup anda? Pernahkah anda memohon maaf secara terbuka di atas kesalahan yang dilakukan? Sejauhmanakah permohonan maaf yang dilafazkan benar-benar terbit dari lubuk hati anda? Ataupun ia dilakukan secara terpaksa?

Itu adalah antara persoalan-persoalan berbangkit yang pada zahirnya cukup terus-terang namun tidak mudah untuk dijawab. Ia tidak mudah untuk dijawab kerana ia menyentuh soal maruah dan ego seseorang. Tambahan pula, ia juga menguji kejujuran dan keikhlasan hati nuraninya.

Bagi mereka yang sentiasa bersedia memperbaiki kelemahan diri, persoalan sedemikian bukanlah satu isu besar. Malah, ia merupakan sebahagian daripada proses mematangkan fikiran mereka terhadap sesuatu isu. Mereka tidak gentar untuk dikritik kerana percaya bahawa melalui kritikan membina, mereka dapat mempelajari sesuatu berharga.

Dalam kehidupan seharian, kita diajar untuk sentiasa merendah diri. Merendah diri dalam setiap aspek kehidupan baik dalam pergaulan dengan orang lain, hubungan ibubapa dan anak serta suami dan isteri. Merendah diri merupakan perbuatan terpuji yang digalakkan dalam semua agama.

Malangnya, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar bersikap sedemikian? Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin politik kita? Mungkinkah mereka mampu memberikan teladan baik kepada rakyat?

Hakikatnya, budaya memohon maaf masih belum mencapai piawaian yang dimahukan terutamanya dalam kalangan pemimpin politik. Lihat sahaja dalam perwatakan pemimpin-pemimpin politik dalam media yang nampaknya begitu ghairah untuk cabar-mencabar antara satu sama lain.

Lebih buruk lagi, ada antara kalangan mereka yang suka mendedahkan keburukan musuh politik di khalayak seolah-olah dia sendiri sahaja yang bersih. Dengan perwatakan negatif yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin politik kita, kita tidak boleh menyalahkan rakyat marhaen jika mereka sendiri enggan berbuat demikian. Yang harus dipersalahkan adalah diri pemimpin politik itu sendiri.

Pemimpin-pemimpin politik mungkin sukar untuk mengeluarkan kata-kata keramat itu kerana mereka malu ataupun egonya yang terlalu tinggi. Mereka percaya adalah lebih baik untuk membisu sekalipun menyedari bahawa tindakan itu berkemungkinan mengakibatkan popularitinya terjejas.

Bagi mereka, memohon maaf umpama mengakui kelemahan diri sendiri.  Dari sudut psikologinya, mengakui kelemahan diri sendiri ibarat mengaku dirinya sudah bersalah.

Dari sudut percaturan politik pula, pengakuan kelemahan itu hanya mengukuhkan bahawa kepimpinannya sudah gagal dan tidak berkesan. Lantaran itu, pengakuan tersebut sudah pasti mengundang musuh-musuh politik untuk menyerang kredibilitinya. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka memilih untuk bersikap dingin, bertegas dan tidak berganjak dari pendirian asal. Namun, berbaloikah?

Pernahkah juga anda melihat kalangan pemimpin-pemimpin politik kita memohon maaf di atas kesilapan atau kelemahan yang dilakukannya? Malangnya, tidak banyak.

Sehubungan itu, pemimpin-pemimpin politik negara kita seharusnya mencontohi sikap pemimpin politik di negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan yang mempamerkan sikap kebertanggungjawab yang cukup tinggi dalam profesionalismenya.

Apa yang cukup mengkagumkan penulis ialah mereka yang tampil memohon maaf di atas keterlanjurannya bukan sahaja terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, orang-perseorangan bahkan juga pemimpin-pemimpin politik. Yang menjadikan tindakan mereka lebih signifikan adalah pengakuan tersebut dilakukan di khalayak ramai. Sesungguhnya, tidak ramai yang berani berbuat begitu. Hanya mereka yang memiliki daya ketahanan dan kecekalan sahaja yang mampu menahan keaiban berkenaan.

Dalam menilai tindak-tanduk pemimpin-pemimpin politik tadi, dapatlah disimpulkan bahawa wujud perasaan bersalah dan kebertanggungjawaban dalam diri mereka. Budaya dalam masyarakat mereka yang tidak berkompromi dengan kesilapan menjadikan ia sebati dalam kehidupannya. Sekadar memadai untuk mengatakan ia dicemburui oleh orang lain.

Pada ketika persepsi masyarakat umum terhadap pemimpin-pemimpin politik berada pada paras yang tidak begitu memberangsangkan, inilah pentas terbaik untuk memperbetulkan tanggapan negatif itu selain meyakinkan rakyat bahawa masih ada pemimpin politik yang beretika dan merendah diri.

Mengakui kesilapan diri tidak semestinya bermakna seseorang pemimpin politik itu lemah.  Sebaliknya, ia ibarat simbol kekuatan yang mana seseorang itu bersedia untuk memperbaiki segala kelemahan sedia ada dan melangkah ke fasa baru kehidupan.

Keterbukaan menerima kritikan membina dan perubahan positif bukan sahaja mencetuskan imej positif di mata rakyat bahkan juga memberi sinar harapan kepada rakyat bahawa wakil rakyat mereka masih boleh diharapkan.

Rakyat tidak akan kisah jika pemimpin mereka mengakui kelemahan diri memandangkan ia adalah sebahagian daripada ragam kehidupan. Malah, rakyat sebenarnya lebih suka seorang wakil rakyat yang jujur dan berterus-terang. Perwatakan jujur dan berterus-terang inilah yang dapat mendekatkan diri pengundi dengan pemimpin politik.

Yang nyata, masih ada ruang penambahbaikan yang perlu dilipatgandakan oleh pemimpin-pemimpin politik negara jika mereka ingin meletakkan dirinya setaraf dengan pemimpin-pemimpin politik negara maju dari pelbagai aspek. Segala-galanya harus bermula daripada diri seseorang pemimpin itu. Langkah pertama itu mungkin sukar tetapi mampu memberi kesan positif sekiranya diurus dengan baik.

Tatkala pemimpin-pemimpin politik negara maju tidak kekok untuk memohon maaf di atas kelemahan diri mereka, mengapa tidak pemimpin politik negara kita?

* Segala pandangan yang diberikan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved