Selasa, 1 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Datuk Nalla dilantik senator, angkat sumpah esok

Posted: 01 Nov 2011 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk K S Nallakaruppan yang juga bekas rakan sukan tenis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai senator.

Nallakaruppan yang menubuhkan parti itu selepas keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat tahun lalu mengesahkan beliau telah menerima surat pelantikan sebagai anggota Dewan Negara minggu lalu.

Beliau dijadual mengangkat sumpah esok.

"Ya, saya sudah terima surat pelantikan. Angkat sumpah esok," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mengenai reaksinya, Nallakaruppan, 65, berkata, beliau menerimanya sebagai satu penghormatan kepada parti itu.

"Biar saya angkat sumpah dulu, nanti saya akan katakan rancangan saya... masih terlalu awal," kata beliau mengenai isu-isu yang beliau akan bawa kelak.

MIUP memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Sejak keluar PKR beliau banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengkritik parti itu khususnya Anwar.

Full content generated by Get Full RSS.

Demo Mat Rempit didalangi pembangkang, kata pemimpin PR

Posted: 01 Nov 2011 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus mendakwa demonstrasi kira-kira 200 penunggang motosikal di negeri itu semalam didalangi parti pembangkang negeri itu namun tidak dinyatakan secara khusus pihak yang terlibat.

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN) terlibat dengan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu namun dinafikan wakil rakyatnya.

Pada sidang media pagi tadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman berkata demonstrasi itu seolah-olah "dirancang" parti pembangkang dengan menggunakan penunggang motosikal atau "mat rempit" sehingga menyebabkan kesesakan di negeri itu.

"Pelik juga sebab yang pertama kita nampak ia terlalu tersusun dan kita dimaklumkan pemuda dari Balik Pulau dan pelajar kolej pengajian dan bukan mat rempit betul yang terlibat dalam kes ini.

"Yang kedua adalah tuntutan untuk litar lumba motor, kalau nak litar lumba mereka tak perlu buat demonstrasi macam ini dan yang lebih penting lagi sebab yang dimohon bukan litar lumba motor tapi turut dilambangkan di baju yang mereka pakai sebab itu saya kata ia dirancang," katanya.

Jelas beliau, persoalan lain turut timbul berhubung tuntutan itu kerana baju T yang dipakai peserta demonstrasi turut tertera perkataan "Lim Guan Eng Rasis."

"Ada lambang LGE (Lim Guan Eng) rasis, kalau nak mohon tempat lumba motor tak perlu kaitkan dengan rasis, racing (lumba) dan rasis lain...ejaan lain, maknanya pun lain," katanya.

Tambah Mansor, tindakan penunggang motosikal itu sangat berbahaya dan boleh mengundang kebencian dan kemarahan rakyat terutamanya orang bukan Melayu.

"Dalam ini yang lebih penting, ini menunjukkan ketidakmatangan politik dan jika ia melibatkan pembangkan di Pulau Pinang ia adalah ketidakwarasan dan ketidakwajaran pembangkang gunakan isu rasis dan ini cukup membahayakan.

"Ini politik yang cukup bahaya, kalau mainkan isu rasis jika libatkan pembangkang ia akan timbulkan kebencian dan kemarahan orang bukan Melayu," katanya.

Sementara itu exco kerajaan negeri Abdul Malik Kassim berkata keberanian penunggang motosikal mengadakan demonstrasi ini menunjukkan mereka disokong parti pembangkang.

"Yang sangat membimbangkan kerana bagi pengetahuan kita pihak remaja, belia dan golongan mat rempit mana ada dirancang...mereka bukan ada persatuan tapi kali ini dirancang.

"Ini menunjukkan orang dibelakang adalah parti-parti pembangkang yang cuba memporakperandakan Pulau Pinang," katanya.

Semalam polis menahan lima individu kerana menyertai demonstrasi di Pulau Pinang bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim.

Seramai 200 penunggang motosikal memulakan demonstrasi dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motorsikal serta memakai baju T yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved