Rabu, 2 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Adun BN Kota Siputeh tak boleh hadir DUN hingga kes selesai

Posted: 02 Nov 2011 01:45 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Nov — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Kedah sehingga selesai rayuan terhadap perintah mahkamah mengekalkan kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Ini berikutan satu keputusan Mahkamah Rayuan Rabu yang membenarkan permohonan Speaker Dewan Negeri Kedah Dr Abdul Isa Ismail untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos 2011 bahawa Abu Hassan masih lagi ADUN bagi kerusi Kota Siputeh.

Perintah itu diberikan sementara menunggu selesainya rayuan Abdul Isa bagi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, lapor Bernama Online.

Tarikh pendengaran permohonan itu masih belum ditetapkan.

Abdul Isa perlu mendapat kebenaran dari Mahkamah Persekutuan sebelum beliau boleh memfailkan rayuannya.

Panel yang dipengerusikan Datuk Sulaiman Daud, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Ananatham Kasinather sebulat suara memutuskan bahawa terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan perintah kerana jika Abdul Isa berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, sebarang keputusan yang diambil semasa Abu Hassan dalam sidang dewan, ia mungkin mungkin terganggu.

Peguam Edmund Bon yang mewakili Abdul Isa berkata Dewan Negeri yang kini bersidang membahaskan belanjawan, akan bersidang mulai 15 hingga 17 November.

Dalam prosiding hari ini, Edmund memohon satu penangguhan perintah bagi menghalang prosiding atau keputusan dibuat di Dewan Negeri daripada dibatalkan, jika Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Abu Hassan bukan wakil rakyat.

Pada 18 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan menetapkan kerusi DUN Kedah kawasan Kota Siputeh tidak kosong dan Abu Hassan daripada Barisan Nasional masih wakil rakyatnya.

Ia menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kerusi itu kosong dengan alasan Abu Hassan tidak menghadiri dua mesyuarat dewan pada 2009.

Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman pada 1 Okt, 2009 selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sijl sakit Abu Hassan dan menetapkan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan bahawa Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Dalam permohonannya, Abdul Isa mendakwa bahawa Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat dewan berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos 2009 tanpa kebenaran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Abdul Isa diwakili Edmund dan Zulqarnain Lokman manakala peguam Datuk Hafarizam Harun dan Abu Bakar Isa Ramat mewakili Abu Hassan. Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili SPR.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkasa mahu IGP halang Seksualiti Merdeka, dakwa Ambiga

Posted: 02 Nov 2011 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Wira Perkasa menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang dan membatalkan program Seksualiti Merdeka 2011 yang disifatkan bertentangan dengan amalan rakyat negara ini.

Selain itu, sayap pemuda pertubuhan Melayu itu juga menggesa tindakan tegas diambil ke atas bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang dijadualkan akan merasmikan program itu minggu depan.

"Wira Perkasa mendesak supaya perkara ini tegas kerana Ambiga ini dah melampau, memecahbelahkan orang Melayu dan mendapatkan satu agama baru bagi hak asasi manusia... banyak ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Kita desak Peguam Negara mendakwa Ambiga... Ambiga sama dengan penjenayah lain yang menyemarakkan kemarahan orang Melayu dan kita desak Peguam Negara ambil tindakan," kata Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris.

 Beliau menambah: "Walaupun kemungkinan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah dimansuhkan tapi tolong siasat dan tolong tangkap pengkhianat ini."

Wira Perkasa menyerahkan memorandum bantahan kepada Ismail di Bukit Aman di sini. Ia diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia, ACP Ramli Mohamed Yoosuf.

Tambah Irwan Fahmi selain Ismail semua pihak berwajib termasuk Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.

 "Rakyat terutamanya golongan muda dilihat akan mudah dan cepat terpengaruh dengan dakyah dan manipulasi pihak yang menganjurkan program ini.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

 Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh Ambiga pada 9 November.

Penganjuran program itu mendapat bantahan banyak pihak termasuk daripada Pemuda PAS.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved