Sabtu, 5 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PPSMI: Muhyiddin nafi keputusan Putrajaya lewa

Posted: 05 Nov 2011 02:14 AM PDT

MUAR, 5 Nov – Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kerajaan membuat keputusan sambil lewa berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemansuhan dasar itu dilaksanakan oleh kerajaan selepas melakukan kajian terperinci mengenai keberkesanan dasar itu.

"Semua anggota Parlimen termasuk daripada pembangkang menyokong apabila kita laksanakan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk mengganti PPSMI," katanya selepas menghadiri majlis korban perdana di Dewan Sri Pekembar di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil daripada kajian kementerian menunjukkan hanya di antara lima hingga tujuh peratus keseluruhan sekolah di bawah kementerian yang menggunakan Bahasa Inggeris ketika melaksanakan PPSMI.

Majoriti daripada sekolah-sekolah yang lain, katanya, menggunakan dwibahasa atau Bahasa Malaysia sepenuhnya di dalam PPSMI sejak dasar itu dilaksanakan pada 2003.

Mengenai saranan pemimpin pembangkang supaya kerajaan mengurangkan bilangan kakitangan awam, beliau meminta, banyak pihak supaya mencabar parti-parti pembangkang melaksanakannya di negeri-negeri yang diperintahnya terlebih dahulu.

"Jikalau pembangkang memerintah negara, kita tahulah bahawa mereka akan memberhentikan banyak kakitangan kerajaan," katanya dan menambah, banyak pihak juga mencabar pembangkang supaya melaksanakan saranan itu di Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu.

Penjawat awam yang sehingga ini berjumlah satu juta orang diperlukan bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan berjalan dengan licin bagi kemajuan negara, katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan sememangnya mahu memantapkan perkhidmatan awam negara kerana sumbangan mereka penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara berjalan lancar.

"Sumbangan kakitangan awam terhadap negara adalah amat besar dan mereka yang berkhidmat dengan cemerlang perlu diberikan ganjaran yang setimpal," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

MBMMBI: Sesi penerangan minggu depan, kata timbalan menteri

Posted: 05 Nov 2011 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Sesi penerangan kepada pihak sekolah  mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dijangkakan akan bermula minggu depan secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata penerangan kepada pihak sekolah dibuat ekoran sesi penerangan peringkat kementerian yang diadakan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri turut memberi penerangan kepada  Kabinet semalam.

Wee memberitahu pemberta di sini hari ini Kementerian Pelajaran sedang menyiapkan surat pekeliling mengenai MBMMBI yang akan diedarkan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri, lapor Bernama Online.

Mengenai kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa penghapusan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam bidang sains dan matematik, beliau berkata negara sepatutnya mencontohi negara ekonomi besar lain yang berjaya walaupun rakyat mereka mempelajari sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing-masing.

"Saya ambil contoh China. Mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris, namun  masih mampu melancarkan roket," katanya menambah bahawa penguasaan bahasa tidak menjamin kepada penguasaan ilmu sains dan matematik.

Ditanya mengenai tempoh peralihan pelaksanaan PPSMI ke MBMMBI yang dikatakan mengambil masa terlalu lama, beliau berkata tempoh itu adalah normal.

"Peralihan dari satu sistem ke satu sistem yang lain memang mengambil masa. Dahulu peralihan dari pengantar bahasa Inggeris ke bahasa Melayu pun mengambil masa 12 tahun," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved