Sabtu, 12 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ka Siong: Guru tak perlu risau dasar kerja sembilan jam

Posted: 12 Nov 2011 02:38 AM PST

ALOR SETAR, 12 Nov — Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.

Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam kokurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira," kata Wee dipetik Bernama Online hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma NUTP Kedah di sini hari ini, Wee (gambar) berkata projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya," kata Wee.

Hashim berkata NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

Full content generated by Get Full RSS.

Sukan SEA: Nur Suryani kutip emas pertama Malaysia

Posted: 12 Nov 2011 02:25 AM PST

PALEMBANG, 12 Nov — Penembak kebangsaan, Nur Suryani Mohamed Taibi menjadi penyumbang pingat emas pertama untuk Malaysia selepas memenangi acara 50m Rifel 3 Posisi pada temasya Sukan SEA ke-26 di Lapang Sasar Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring di sini, hari ini.

Pingat gangsa menjadi milik seorang agi penembak negara Nur Ayuni Farhana.

"Saya sememangnya tidak menjangkakan pingat emas pada penyertaan kali ini," kata penembak berusia 29 tahun itu dipetik Bernama Online.

Menurutnya, insiden kelewatan ketibaan peluru tidak menjejaskan konsentrasinya.

"Soal itu adalah kepada pihak pengurusan. Bagi saya, saya mahu mencuba yang terbaik dan menumpukan perhatian kepada acara yang saya sertai," kata pemenang pingat emas acara 10m Air Rifle berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2010 di India bersama Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.

Dia akan tumpukan perhatian kepada acara 10m Air Rifle pada Rabu ini bergandingan dengan Shahera Rahim Raja.

Pada acara 50m Rifel 3 Posisi wanita hari ini, Nur Suryani mengumpul 679.8 mata, mengatasi saingan terdekat Sununta Majhacheep dari Thailand yang mengumpul 676.3 mata.

Nur Ayuni Farhana pula mengumpul 675.4 mata.

Selain kejayaan Nur Suryani dan Nur Ayuni Farhana, skuad menembak turut meraih dua pingat perak melalui Khalel Abdullah dalam acara 25m Standard Pistol lelaki dan Mohd Hadafi Jaafar dalam acara 10m Air Rifel lelaki.

Acara penyampaian pingat bagi pemenang-pemenang hanya akan berlangsung esok.

Pada temasya di Laos dua tahun lalu, skuad menembak negara tidak meraih pingat emas dan sekadar membawa pulang enam pingat perak dan lima gangsa menerusi 16 penembak lelaki dan wanita kebangsaan.

/* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:""; margin-top:0cm; margin-right:0cm; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0cm; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:"Times New Roman"; mso-ascii-font-family:Cambria; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Cambria; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Cambria; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} @page Section1 {size:612.0pt 792.0pt; margin:72.0pt 90.0pt 72.0pt 90.0pt; mso-header-margin:36.0pt; mso-footer-margin:36.0pt; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} --> Penembak kebangsaan, Nur Suryani Mohamed Taibi menjadi penyumbang pingat emas pertama untuk Malaysia selepas memenangi acara 50m Rifel 3 Posisi pada temasya Sukan SEA ke-26 di Lapang Sasar Menembak, Kompleks Sukan Jakabaring di sini, hari ini.

Pingat gangsa menjadi milik seorang agi penembak negara Nur Ayuni Farhana.

"Saya sememangnya tidak menjangkakan pingat emas pada penyertaan kali ini," kata penembak berusia 29 tahun itu dipetik Bernama Online.

Menurutnya, insiden kelewatan ketibaan peluru tidak menjejaskan konsentrasinya.

"Soal itu adalah kepada pihak pengurusan. Bagi saya, saya mahu mencuba yang terbaik dan menumpukan perhatian kepada acara yang saya sertai," kata pemenang pingat emas acara 10m Air Rifle berpasangan wanita pada Sukan Komanwel 2010 di India bersama Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.

Dia akan tumpukan perhatian kepada acara 10m Air Rifle pada Rabu ini bergandingan dengan Shahera Rahim Raja.

Pada acara 50m Rifel 3 Posisi wanita hari ini, Nur Suryani mengumpul 679.8 mata, mengatasi saingan terdekat Sununta Majhacheep dari Thailand yang mengumpul 676.3 mata.

Nur Ayuni Farhana pula mengumpul 675.4 mata.

Selain kejayaan Nur Suryani dan Nur Ayuni Farhana, skuad menembak turut meraih dua pingat perak melalui Khalel Abdullah dalam acara 25m Standard Pistol lelaki dan Mohd Hadafi Jaafar dalam acara 10m Air Rifel lelaki.

Acara penyampaian pingat bagi pemenang-pemenang hanya akan berlangsung esok.

Pada temasya di Laos dua tahun lalu, skuad menembak negara tidak meraih pingat emas dan sekadar membawa pulang enam pingat perak dan lima gangsa menerusi 16 penembak lelaki dan wanita kebangsaan.

"}

Share it with others

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved