Selasa, 15 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PRU: PAS sasar kerusi campuran letak bukan Islam tanding

Posted: 15 Nov 2011 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov – PAS melobi untuk mendapatkan kerusi-kerusi bersifat campuran bagi membolehkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) diletakkan dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan PAS tidak mahu meletakkan calon DHPP di kawasan-kawasan yang ia pernah bertanding memandangkan kebanyakan bahagian terbabit adalah majoriti pengundi Melayu.

"Mereka boleh bertanding di bawah bendera parti. Itu tiada masalah. Masalah sekarang ialah kesemua kerusi kami majoriti Melayu. Bagaimana mereka boleh bertanding di sana?" kata seorang anggota biro politik.

Beliau juga berkata daripada 66 kerusi Parlimen PAS bertanding pada Mac 2008, hanya Kota Raja di mana Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan penyandang dari MIC merupakan kawasan majoriti bukan Melayu.

Pada Julai lalu, The Malaysian Insider melaporkan bahawa PAS menyasarkan kerusi dimenangi enam calon PKR tetapi meninggalkan parti itu kemudian dan juga kerusi-kerusi lain seperti Kuala Kedah dan Machang.

Machang disandang oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Full content generated by Get Full RSS.

Kes fitnah: Permohonan Hisham batal kenyataan Anwar ditolak

Posted: 15 Nov 2011 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengetepikan beberapa bahagian dalam kenyataan pembelaan difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes fitnah dibawa oleh Menteri Dalam Negeri itu.

Sehubungan itu juga, Hakim Mahkamah Tinggi V.T. Singham mengarahkan Hishammuddin agar membayar kos RM25,000 kepada Anwar.

Hishammuddin memohon bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar dalam saman fitnah berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Hishammuddin yang diwakili peguam Sunil Abraham  memfailkan saman fitnah terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan memfitnahnya semasa temu bual dengan media pada 22 Mac lalu selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi di sini.

Hishammuddin, 50, berkata kenyataan itu dilaporkan secara meluas dalam media dan Internet dan difahamkan membawa maksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Menteri itu berkata kenyataan itu juga difahamkan membawa maksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan telah berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis untuk melakukan perbuatan itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kenyataan beliau semasa temu bual dengan media pada 22 Mac, selepas membuat laporan mengenai video itu di balai polis Dang Wangi, diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Anwar mendakwa kenyataan itu diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat yang dimilikinya atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen kawasan Permatang Pauh, kepada orang awam yang mempunyai hak kepentingan untuk menerima maklumat itu.

Lagipun, beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu merupakan komen yang adil terhadap perkara berkepentingan awam dalam menyatakan pendapat beliau bahawa Hishammuddin telah berkompromi dengan perbuatan jenayah kumpulan lelaki yang digelar 'trio' dalam memaparkan video itu walaupun beliau tahu atau sepatutnya tahu mengenai perbuatan mereka.

Dalam tuntutan balasnya, Anwar menegaskan kenyataan Hishammuddin dalam sidang media beliau pada 21 Mac, memperlihatkan bahawa beliau  adalah individu dalam video itu seperti mana ditegaskan oleh trio itu.

Hishammuddin, dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Anwar berkata ketua pembangkang itu berniat jahat selepas mengeluarkan kata-kata dalam satu persidangan akhbar yang kemudiannya dilaporkan dengan meluas di media dan Internet.

Beliau berkata perkataan yang diterbitkan itu, tidak dipaparkan dengan niat baik dan motif utama Anwar adalah untuk memperlekehkan reputasi Hishammuddin sebagai menteri dan sebagai ahli politik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved