Sabtu, 19 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Muhyiddin: BN fokus semua negeri untuk menang PRU-13

Posted: 19 Nov 2011 01:47 AM PST

LABUAN, 19 Nov – Barisan Nasional (BN) tidak hanya bergantung pada dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi juga pada negeri-negeri lain di Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kedua-dua negeri dan juga Labuan telah disifatkan sebagai deposit tetap bagi BN, gabungan itu sepatutnya berupaya memenangi semula negeri-negeri lain yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

"Kita sepatutnya berupaya menawan semula negeri-negeri lain yang kini diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang," katanya dipetik Bernama Online.

Muhyiddin berkata fokus dan perhatian sama rata diberikan kepada semua negeri termasuk yang ditadbir pembangkang kerana menurutnya kerajaan BN sentiasa mengamalkan sikap adil.

"Kami akan terus mengekalkan pendekatan `touch point' dalam membantu rakyat. Kami mahu rakyat tahu yang kami prihatin dan ikhlas dalam membantu mereka," katanya pada sidang akhbar di sini selepas melakukan lawatan sehari ke Labuan hari ini.

Terdahulu Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengadakan perjumpaan tertutup dengan Umno Labuan dan parti-parti komponen BN negeri dan diberikan taklimat mengenai persediaan pilihan raya oleh pemimpin Umno.

"Saya berpuas hati dengan taklimat yang diberikan. Isu perpaduan yang pernah dibangkitkan sebelum ini tidak harus dipersoalkan lagi. Semuanya baik, saya tidak melihat sebarang masalah mengenai perpaduan di pulau ini," katanya.

Dalam pada itu ketika menghadiri majlis bertemu rakyat di Kampung Sungai Labu di sini, Muhyiddin berkata, kenaikan kos sara hidup akan terus menjadi agenda utama yang akan ditangani sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menambah baik tahap hidup rakyat.

Muhyiddin berkata kerajaan telah pun menyusun perancangan untuk melihat matlamat itu dicapai.

Beliau berkata belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberi tumpuan kepada peningkatan tahap hidup rakyat dan meringankan beban kewangan mereka membuktikan sikap prihatin kerajaan yang memerintah.

"Bagaimanapun di sebalik pelbagai usaha kerajaan untuk membawa pembangunan kepada rakyat selama bertahun-tahun, kami masih dituduh berbohong oleh pembangkang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Menteri: Tiga juta pemilik rumah dapat tong sampah percuma

Posted: 19 Nov 2011 12:38 AM PST

ALOR SETAR, 19 Nov – Seramai tiga juta pemilik rumah yang menjelaskan cukai pintu mengikut jadual akan dihadiahkan tong sampah beroda, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini.

Beliau berkata tong tersebut disediakan oleh tiga syarikat konsesi yang diberi kontrak memungut sampah dan sisa pepejal di Kedah, Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Syarikat tersebut ialah Environment Idaman Sdn Bhd (di Kedah dan Perlis), Alam Flora Sdn Bhd (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrayaja, Pahang) dan SWM Environment Sdn Bhd (Negeri Sembilan, Melaka, Johor).

"Pemberian tong secara percuma ini adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Pembersihan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 September lepas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis penyerahan tong sampah percuma di Taman Lumba Kuda di sini.

Pemberian itu akan dilakukan sehingga 31 Ogos 2014 yang bermula di ibu negeri dan diikuti di kawasan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Dipetik Bernama Online, Chor berkata 300,000 unit tong akan diedarkan di Kedah dan 30,000 di Perlis.

Beliau berkata penerima tong sampah itu perlu menjaga tong berkenaan dan melaporkannya kepada polis serta syarikat konsesi jika tong-tong berkenaan yang diletak nombor siri hilang.

Laporan kehilangan atau kerosakan tong boleh juga dibuat melalui talian bebas tol 1-800-88-7472.

Tong-tong tersebut yang berharga RM120 satu unit boleh menampung 120 liter sampah.

Pengarah Environment Idaman Sdn Bhd, Azmanuddin Haq Ahmad berkata penggunaan tong tersebut akan memudahkan sistem kutipan sampah dari rumah ke rumah serta mengurangkan masalah longgokan sampah dan pembuangan sampah haram.

Katanya syarikat itu akan turut mengedarkan risalah yang menerangkan cara  menguruskan sisa pepejal di rumah dalam usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved