The Malaysian Insider :: Bahasa |
Guan Eng: Pakatan sepakat tentukan tarikh pilihan raya DUN Pulau Pinang Posted: 20 Nov 2011 02:20 AM PST Lim berkata tidak mahu mengecewakan rakyat Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. — Foto fail Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan. "Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil keputusan itu. "Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat," kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar. Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada "kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya." Full content generated by Get Full RSS. |
Dr M: ‘Saya tahu pandangan saya masih relevan’ Posted: 20 Nov 2011 01:26 AM PST Dr Mahathir mendakwa pihak-pihak yang mengkritis beliau turut menikmati manfaat DEB. — Foto fail "Dalam blog saya ada orang Melayu yang mengatakan bahawa saya ini sudah lama (tua) dan tidak relevan. "Tapi saya tahu bahawa pandangan saya masih relevan kerana yang berkata itu jika tidak dengan pertolongan, dia tidak akan ada di situ," kata beliau dengan menekankan pihak-pihak yang mengkritiknya sebenarnya mendapat manfaat daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970. "Dia ada di situ kerana dia ditolong melalui DEB," katanya lagi menjawab soalan dalam Mingguan Malaysia hari ini bahawa pendapat dan pandangannya dilihat sudah tidak lagi relevan dan terlalu konservatif. Dalam ulasannya itu Dr Mahathir yang mempunyai blog chedet.cc berkata, "kita tidak ambil semua harta orang Cina." Bekas perdana menteri ini juga dilabel sebagai rasis ekoran kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini. "Melalui dasar ini, kita bagi separuh kepada orang Melayu dan orang Cina kita bagi juga. "Tapi orang Melayu tidak berani kata sekarang yang dulu kita bagi juga pada orang Cina," kata Dr Mahathir. Sejak melepaskan jawatannya lapan tahun lalu, Dr Mahathir pernah mengecam teruk penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malah sejak kebelakangan ini beliau juga dari semasa ke semasa menyuarakan pandangan lantangnya berkenaan dasar-dasar pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Razak. Baru-baru ini beliau mengesyorkan agar pentadbiran Najib mengadakan referendum berkenaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang dimansuhkan. Dasar itu diperkenalkan oleh Dr Mahathir beberapa bulan sebelum bersara. Dalam temu bual ini, Dr Mahathir juga berkata Umno sudah rosak dengan teruk apabila Abdullah mengambil alih kepimpinan. "Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. "Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya," katanya sambil menambah, "sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki." "Umno memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. "Pemimpin-pemimpin Umno yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru," katanya lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan