Selasa, 22 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Akta Perhimpunan Aman perlekeh hak rakyat Malaysia, kata Ambiga

Posted: 22 Nov 2011 03:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan membidas undang-undang perhimpunan aman yang dibacakan kali pertama hari ini atas alasan ia memberi kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan polis selain menghakis hak dan kebebasan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan selama ini.

Bekas presiden Majlis Peguam ini (gambar) mendakwa kerajaan telah gagal dalam menerima pakai standard antarabangsa, sebaliknya mengehadkan kebebasan yang diberikan oleh undang-undang tertinggi negara ini.

"Rang undang-undang ini (Perhimpunan Aman) membataskan hak kita seluas yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

MENYUSUL LAGI

Full content generated by Get Full RSS.

Bersih: Inkuiri Suhakam lawat lokasi Mat Sabu dakwa dilanggar

Posted: 22 Nov 2011 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Jawatankuasa Inkuiri Suruhanjaya Awam Suhakam hari ini melawat kawasan Bukit Persekutuan bagi melihat sendiri lokasi kejadian Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mendakwa beliau dilanggar oleh kereta anggota polis semasa perhimpunan Bersih 2.0.

Lawatan lebih kurang 15 minit berkenaan turut disertai oleh kesemua panel jawatankuasa inkuiri termasuk Pengerusinya Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Pengerusi Jawatankuasa tersebut membuat keputusan pada 16 November lalu untuk melawat lokasi terbabit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan persekitaran lokasi insiden.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan, Mohd Zulkifli Abd Halim, penunggang motosikal yang dibonceng Mohamad dan merupakan saksi inkuiri.

Dalam lawatan itu juga, Khaw diberi penerangan lanjut oleh Zulkifli berkenaan situasi dan keadaan sebenar yang berlaku ketika insiden pelanggaran 9 Julai.

Sementara itu, inkuiri ketiga hari ini menyaksikan dua orang saksi dari PDRM, Lans Koperal Mohd Fauzi Mustafa, pemandu kereta yang didakwa melanggar Mohamad dan juga ASP Che Aziz Mohd Isa, pegawai penyiasat yang menyiasat aduan dakwa dilanggar memberikan keterangan.

Menjawab pertanyaan panel, Fauzi yang merupakan saksi kesembilan inkuiri menjelaskan, motosikal yang dinaiki Mohamd ketika kejadian hilang kawalan selepas terlanggar bahu jalan dan kemudiannya terjatuh mengenai kereta yang dipandunya.

Kenyataan itu disokong oleh saksi kedua inkuiri, ASP Che Aziz Mohd Isa, pegawai penyiasat yang menyiasat laporan polis yang dibuat Mohamad.

Inkuiri bersambung esok.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved