The Malaysian Insider :: Bahasa |
AUKU: Badan pelajar minta Putrajaya tidak rayu Posted: 25 Nov 2011 02:39 AM PST KUALA LUMPUR, 25 Nov ― Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kerajaan tidak meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes dibawa pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung keputusan yang diumumkan 31 Oktober lalu. "PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah," kata Presiden Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dalam satu kenyataan hari ini. Kata beliau, langkah itu secara tidak langsung menunjukkan iltizam dan komitmen sebenar kerajaan dalam bersikap terbuka dan berjiwa besar dalam menangani isu ini. "PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya," katanya. MENYUSUL LAGI Full content generated by Get Full RSS. |
NFC: Wanita PKR ulangi gesaan Shahrizat lepas jawatan Posted: 25 Nov 2011 02:05 AM PST
Jelas Zuraida (gambar), cabaran itu dibuat berdasarkan tindakan menteri itu yang dilihat gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan memperjuangkan institusi wanita di negara ini secara berkesan. "Kontroversi NFC ini telah mencalarkan imej beliau sebagai menteri dan juga imej wanita di negara ini," katanya dalam ucapan dasar pada Kongres Wanita PKR di sini. "Wanita PKR dengan ini mencabar Datuk Seri Shahrizat untuk meletak jawatan kerana beliau tidak lagi dapat menjalankan tugas dengan sempurna, dan tindakan itu perlu bagi memelihara maruah wanita," tegasnya. Jelasnya lagi, tindakan Ketua Wanita Umno itu merupakan pengkhianatan yang memalukan golongan wanita termasuk Umno. Dalam ucapannya, Zuraidi berkata, Shahrizat perlu berbuat demikian untuk menjaga maruah beliau sebagai seorang wanita. "Demi menjaga maruah wanita, Shahrizat perlu meletak jawatan kerana beliau sendiri seorang wanita," katanya lagi. Masalah membabitkan NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara bulan lalu dan kini disiasat oleh polis. Mengulas mengenai calon pilihan raya akan datang, Zuraida menjelaskan, Wanita PKR tidak meletakkan aspek rupa dan pendidikan sebagai syarat utama, sebaliknya akan meliputi pelbagai aspek secara keseluruhan. "Kalau Shahrizat hendak meletakkan calon yang cantik, hak mereka, tapi wanita PKR bukan memandang dari aspek imej dan pedidikan yang paling tinggi, sebaliknya mempunyai kredibiliti yang mampu berjuang untuk parti dan berkhidmat untuk rakyat," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan