The Malaysian Insider :: Bahasa |
Anwar: Pakatan mantap banding 2008, PRU-13 peluang terbaik tukar BN Posted: 27 Nov 2011 04:07 AM PST
"Ini adalah peluang terbaik sejak 1957. Ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk bangkit dan mengubah sistem (semasa di bawah BN)," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini (gambar) ketika berucap menutup Kongres Nasional PKR Kelapan di sini hari ini. Katanya, jika pilihan raya umum diadakan dengan adil dan demokratik, sudah pasti BN akan kalah dengan mudah. Pakatan Rakyat sebelum ini menekankan pilihan raya umum hanya patut diadakan selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selepas menyediakan senarai pembaharuan sistem pilihan raya. Kata Ketua Pembangkang itu, perikatan tersebut tidak bersedia untuk membentuk kerajaan persekutuan pada 2008 apabila ia menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di Parlimen. Pakatan Rakyat juga memperoleh kejayaan di lima negeri termasuk Kelantan dan menguasai majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. MENYUSUL LAGI Full content generated by Get Full RSS. |
Ibu 75 tahun mati dikelar anak perempuan Posted: 27 Nov 2011 02:07 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Nov – Seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak perempuannya yang dipercayai mengidap penyakit mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi tadi, warga emas itu yang namanya tidak dikeluarkan, mati di tempat kejadian manakala anaknya berusia 35 tahun itu pula cedera parah di leher akibat cubaan untuk menyembelih dirinya sendiri. "Kejadian disedari seorang lagi anak perempuan mangsa yang kebetulan datang ke rumah itu dan menemui ibunya terbaring di tilamnya di ruang tamu rumah tiga tingkat itu. "Suspek pula sempat menyambut kakaknya yang hadir itu sebelum terjatuh akibat pendarahan di leher. Kakak suspek kemudian segera membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kami difahamkan suspek kini tenat," katanya di tempat kejadian di sini. Dipetik Bernama Online, beliau berkata tiada kesan pergelutan di rumah itu dan pihak forensik menemui pisau dengan kesan darah, yang dipercaya digunakan suspek, di atas meja kopi di ruang tamu rumah. Razak berkata polis percaya mangsa dikelar sekali sebelum suspek cuba menyembelih dirinya sendiri lebih dari satu percubaan. Menurutnya mangsa, yang sakit tua, dijaga suspek yang merupakan anak keenam dari lapan beradik. "Kami juga diberitahu bahawa suspek sudah lama mengidap penyakit mental dan pernah cuba membunuh diri sendiri dua bulan lepas dengan kelar tangannya," katanya. Beliau berkata mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan