Isnin, 28 November 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Shahrizat: ‘Saya tiada kena-mengena dengan NFC’

Posted: 28 Nov 2011 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov ― Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat dipetik Bernama Online.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkasa: Umno perlu kekal relevan untuk kaum Melayu

Posted: 28 Nov 2011 02:37 AM PST

PASIR MAS, 28 Nov ― Perkasa mahu Umno terus memberi tumpuan dalam perkara yang menyentuh soal kepentingan kaum Melayu dan agama Islam pada perhimpunan parti itu, yang berlangsung esok, selaras dengan dasar awal penubuhannya.

Presidennya, Datuk Ibram Ali (gambar) berkata Umno perlu kekal relevan kepada bangsa Melayu sebagai tonggak kerajaan dan dapat menyatupadukan semua kaum yang ada demi pembangunan negara pada masa depan.

"...terutamanya golongan cerdik pandai, mereka ingin melihat Umno benar-benar memperjuangkan agenda Melayu, bukan retorik. Jika Umno mahu kekal relevan sepanjang masa, selain mendapat keyakinan orang Melayu maka sudah tentu mereka perlu terus memperkasakan agenda tersebut dalam perjuangannya.

"Rakyat hari ini, khususnya orang Melayu, sudah pandai menilai antara retorik dan realiti," katanya selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah 1433 peringkat Dewan Undangan Negeri Tendong hari ini.

Dipetik Bernama Online, Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, mendakwa masih ada yang berpendapat kononnya senario hari ini membayangkan Umno kurang memberi fokus kepada agenda Melayu, meskipun banyak penekanan berhubung perkara itu telah dimanifestasikan kepimpinan parti tersebut.

Katanya, persepsi itu wajar diperbetulkan sebelum ia memberi impak negatif kepada parti, rakyat dan negara.

Beliau percaya berdasarkan pengalaman serta kekuatan yang ada, Umno mampu melakukan perubahan bagi mencorak masa depan negara dalam aspek ekonomi, politik, sosial dan sebagainya dengan lebih berinovasi serta dinamik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved