The Malaysian Insider :: Bahasa |
Najib mahu Umno sedia hadapi PRU ‘luar biasa’ Posted: 29 Nov 2011 02:52 AM PST
Najib (gambar) yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang. Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini. "Beliau telah meminta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian dan akar umbi agar bekerja luar biasa sebab pilihan raya ini adalah sesuatu yang luar biasa... banyak cabaran dan beliau mahu kami utamakan perpaduan," kata Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Zahid berkata demikian pada sidang media bersama dua rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini hari ini. MENYUSUL LAGI Full content generated by Get Full RSS. |
Pilihan raya: Laporan awal PSC diumum Khamis Posted: 29 Nov 2011 02:16 AM PST
Pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya. "Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting," katanya dipetik Bernama Online. "Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan," katanya kepada pemberita selepas menyaskikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam 'Failure Analysis and Wafer Testing', di sini hari ini. Pendengaran awam pertama PSC diadakan pada 11 November di bangunan Parlimen, manakala yang kedua diadakan di Sabah selama dua hari, Jumaat lalu. Pendengaran awam seterusnya dijadual diadakan di Sarawak (8-9 Disember), Pulau Pinang (15-16 Disember), Kelantan (7-8 Januari) dan Johor (12-13 Januari). Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan