Khamis, 1 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


NFC: PKR pertikai kenyataan awal polis ‘bersihkan’ imej Umno

Posted: 01 Dec 2011 01:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – PKR mendakwa polis bertindak membersihkan imej bagi pihak Umno ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar tiada unsur pecah amanah dalam skandal projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) setakat ini.

"Mengapa mengeluarkan kenyataan (sedemikian) ketika siasatan masih dijalankan. Dan, ketika perhimpunan utama Umno sedang berlangsung?" kata Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Khalid itu sedangkan pihaknya masih belum memanggil Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang keluarganya diberikan projek itu, untuk diambil kenyataan.

"Ia kelihatan Timbalan Ketua Polis Negara Khalid mengharapkan orang ramai agar percaya bahawa tiada salah guna jenayah oleh mana-mana orang, meskipun dana awam digunakan untuk membeli kondominium mewah, lawatan ke luar negara, kereta-kereta mewah dan tanah perdana," kata beliau.

Pagi tadi, Khalid berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan sambil memberi jaminan proses itu akan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

"Siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, kita masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

"Kita sudah panggil 74 individu untuk diambil keterangan setakat ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dewan Rakyat lulus laporan awal PSC pilihan raya

Posted: 01 Dec 2011 01:03 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR, 1 Dis – Dewan Rakyat meluluskan laporan awal jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya – yang mengandungi lebih 10 syor termasuk penggunaan dakwat kekal. MENYUSUL LAGI


Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved