The Malaysian Insider :: Bahasa |
RUU Perhimpunan Aman: PAS saman PM, kerajaan pusat Posted: 02 Dec 2011 02:01 AM PST
Saman difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Hatta dan Dzulkefly merupakan Ahli Parlimen. Menurut Mohamad (gambar), tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan menamakan Najib sebagai responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua. Mohamad menambah saman difailkan bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut. Permohonan hari ini juga mahukan tiga perintah dari mahkamah, lapor Harakahdaily. Pertamanya, perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggubal rang undang itu bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan. "Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan Perlembagaan Persekutuan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Anak gesa semua MB halang proses pajakan tanah, tahan senaraikan Felda Posted: 02 Dec 2011 01:35 AM PST
Perjanjian pajakan tanah Felda dijangka berkuat kuasa mulai 1 Januari ini. Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, oleh kerana wujud banyak kecelaruan dan kekeliruan berhubung perjanjian pajakan tanah dan maklumat mengenai proses penyenaraian, maka pihaknya mahu kerajaan-kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian berkaitan status hak milik tanah di bawah Felda Plantations. "Ini kerana ada kawasan Felda masih belum memperoleh status hak milik, jadi menteri besar kena menandatangani dokumen berkaitan bagi membolehkan tanah terbabit dipajakkan. "Jadi bagi menjaga kepentingan para peneroka Felda, kami meminta agar menteri besar tidak berbuat demikian," kata beliau hari ini. Sebagai peringkat permulaan, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang pada 9 Disember ini. Proses penyenaraian Felda Global Ventures diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012. Banyak pihak termasuk peneroka sendiri mendakwa masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai proses penyenaraian. MENYUSUL LAGI Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan