Rabu, 7 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


‘Exit Policy’: Henti kakitangan awam lemah prestasi mula 2012, kata JPA

Posted: 07 Dec 2011 02:22 AM PST

PUTRAJAYA, 7 Dis — Kakitangan kerajaan yang tidak memperlihatkan prestasi baik akan dinilai mulai Januari depan, susulan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan akan dihentikan kerja jika terus gagal memperbaiki kedudukan mereka, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam hari ini.

Ketika berkongsi kandungan pekeliling SBPA selepas melancarkannya di pejabatnya hari ini, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, penilaian akan dibuat ke atas kakitangan awam yang memperoleh markah 70 peratus ke bawah.

"Kita akan menilai mulai tahun depan. Mereka akan dinilai oleh panel dan akan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi masing-masing, dan jika masih tidak berubah, mereka akan dibuang kerja," kata beliau merujuk kepada peruntukan dasar pemisah atau "exit policy" — salah satu perkara yang terkandung dalam SBPA.

SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Abu Bakar (gambar) berkata, mereka bukan dihentikan secara automatik jika gagal mempamerakan prestasi tidak memuaskan, sebaliknya akan diberi peluang bagi memperbaiki keadaan.

"Tetapi akan dinilai oleh panel, selama enam bulan, mungkin ada sebab mengapa seseorang kakitangan awam tidak berkhidmat dengan baik. Kita semua manusiakan," katanya.

"Kita kena beri mereka peluang untuk memperbaiki keadaan, dan jika masih tiada perubahan, baru akan diminta berhenti kerja," kata beliau lagi.

Laporan media sebelum ini menyebut mereka yang gagal mempamerkan perkhidmatan memuaskan selama tiga tahun berturut-turut dengan memperoleh markhah kurang 70 peratus akan dibuang kerja.

Pada masa yang sama kata beliau, mereka yang menunjukkan perkhidmatan baik tetapi ingin keluar dari sektor awam awal secara sukarela untuk berkhidmat di sektor swasta juga akan dibenarkan berbuat demikian di bawah SBPA.

"Mereka yang berbuat demikian boleh mengekalkan tempoh perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan pencen sekiranya kembali ke sektor awam kemudian," katanya lagi.

Kata beliau, dasar pemisah itu akan melibatkan kesemua 1.4 juta pekerja sektor awam semua peringkat.

Tambah beliau, JPA memberi jaminan tidak akan menganiaya mana-mana kakitangan menerusi dasar pemisah kerana hanya bertujuan memperbaiki sektor awam.

"Itu jaminan yang saya boleh berikan," kata beliau sambil menambah, bilangan mereka yang tidak mempamerkan prestasi baik sangat minimal buat masa sekarang.

"Saya tiada bilangan sekarang, tetapi ia sangat minimal," katanya ketika ditanya sejauh mana seriusnya masalah itu.

Full content generated by Get Full RSS.

SBPA: JPA nafi pegawai tinggi terima perubahan gaji hingga RM5,000

Posted: 07 Dec 2011 12:34 AM PST

PUTRAJAYA, 7 Dis – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberi kenaikan gaji yang terlalu tinggi bagi penjawat Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier berbanding mereka di kumpulan sokongan yang kini dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, andaian dan tanggapan sedemikian adalah tidak betul kerana kadar upah di bawah sistem saraan mengambil kira semua aspek agar ia dapat memenuhi sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sambil mengakui memang ada cakap-cakap sedemikian dalam dunia siber, Abu Bakar memberitahu, kakitangan awam kena melihat secara menyeluruh dan manfaat jangka panjang daripada SBPA.

"Apa yang mereka lihat adalah jangka pendek... itu persepsi mengenai manfaat jangka pendek. Mereka kena melihat kemudahan dan gaji dari segi jangka panjang," kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran Pekeliling SBPA di  pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau ditanya soalan sama ada ada kebenaran berhubung rungutan dan aduan sestengah pihak bahawa kakitangan peringkat rendah hanya menerima perubahan gaji yang kecil manakala pegawai di Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier sebaliknya.

SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara 'single point' tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi.

SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan.

Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya.

Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama.

Tempoh opsyen selama dua minggu akan berakhir 31 Disember dan Abu Bakat menyifatkan masa itu memadai untuk membuat keputusan.

Mengulas lanjut mengenai rungutan bahawa Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Premier menerima perubahan gaji sehingga RM5,000, Abu Bakar tidak menolak kemungkinan ia dikaitkan dengan kedudukan gaji peringkat maksimum.

Misalnya kata beliau, seorang pemandu yang kini menerima gaji bersama elaun sebanyak RM1,222, di bawah SSM, akan dibayar RM1,425 di bawah SBPA.

"Itu adalah kadar minimum. Maksimum pula RM2,965 di bawah SBPA berbanding RM1,882 di bawah SSM... jadi ada kenaikan lebih RM1,100," katanya.

Bagi kakitangan di bawah Gred 48, gaji minimum adalah RM4,431 manakala SBPA pula RM4,520. Dalam pada itu gaji maksimum gred itu di bawah SSM dan SBPA masing-masing RM6,439 dan RM8,840 iaitu perbezaan sekitar RM2,400.

"Jadi kita kena melihat jangka panjang dengan kemajuan kerjaya penjawat-penjawat awam," kata beliau lagi.

Sambil menegaskan SPBA bukannya satu pelarasan gaji, Abu Bakar menambah, secara purata perubahan gaji adalah antara tujuh sehingga 13 peratus.

Pekeliling berkenaan pelaksanaan SBPA dikeluarkan hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved