Selasa, 13 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Felda: Peneroka tuntut PM kekal Dzulkifli, pecat Isa Samad

Posted: 13 Dec 2011 01:01 AM PST

Demonstrasi anjuran Anak dan sekumpulan peneroka di hadapan ibu pejabat Felda petang ini.

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Kira-kira 50 wakil peneroka Felda menyerahkan memorandum menyokong agar Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab, yang diberi surat bercuti selama sembilan bulan, dikekalkan manakala Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dibuang.

Memorandum itu dikemukakan ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

Kumpulan peneroka itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi polis.

Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Zul, benci Isa".

Laporan media sebelum ini menyebut arahan bercuti dikeluarkan melalui surat daripada setiausaha sulit kanan Perdana Menteri 25 November lalu.

Difahamkan, Dzulkifli telah berlepas ke London kelmarin.

Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim di ibu pejabat Felda petang ini, antara lain menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya.

Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Dzulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya.

"Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul.

"Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS pusat.

Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap beliau menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian," jelas beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Dr M: ‘Usahlah cari bomoh kerana ingin menang’

Posted: 13 Dec 2011 12:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Sementara tumpuan negara menuju ke arah pilihan raya umum ke-13, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan ahli-ahli politik tidak perlu mendapatkan khidmat bomoh untuk menang.

Kata beliau, kemenangan tidak akan dijamin oleh bomoh, sebaliknya kualiti perkhidmatan dan tingkah laku seseorang akan membawa kejayaan dalam pilihan raya.

"Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan," kata beliau dalam entri terbaru blognya, bertajuk "Tajuk" hari ini.

Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

"Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani," katanya lagi.

Dr Mahathir (gambar) berkata Melayu mempunyai banyak sebab yang menghalang kejayaan mereka.

Oleh itu katanya, tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved