The Malaysian Insider :: Bahasa |
Mahkamah: Utusan salah fitnah Guan Eng, diarah bayar RM200,000 Posted: 14 Dec 2011 02:08 AM PST
Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk "Kebiadapan Guan Eng" telah memfitnah Lim (gambar), sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam. "Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif," kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider. Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan. Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya. Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010. Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Cuepacs buat pendirian terima atau tolak SBPA esok Posted: 14 Dec 2011 01:35 AM PST
SBPA akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai 16 Disember ini. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau 'exit policy'. Pekeliling SBPA dikeluarkan Rabu lalu. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 kesatuan gabungan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh Kuala Perlis.
"Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya dipetik Bernama Online. Omar ditemui pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota Cuepacs negeri Kedah di Sungai Petani hari ini. Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat. Beliau berkata Cuepacs meminta anggota-anggotanya tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA. "Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar. Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA. Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau. Omar berkata Cuepacs akan meminta JPA menyertainya dalam jelajah ke seluruh negara memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA. Katanya keputusan penting lain termasuk meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA juga akan diputuskan esok. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan