Khamis, 15 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

Posted: 15 Dec 2011 02:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan  gaji.

"Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

MENYUSUL LAGI

Full content generated by Get Full RSS.

SU Agung PAS: Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

Posted: 15 Dec 2011 01:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa  sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Mustafa  berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Mustafa  mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hasan turut menggambarkan beliau seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu  turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Bagaimanapun tegas Mustafa,  kenyataan Hasan dan Nasharudin itu  tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved