Sabtu, 17 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Polis ‘mesra’, bantu mahasiswa demonstrasi protes AUKU

Posted: 17 Dec 2011 02:16 AM PST

Kumpulan mahasiswa menyerahkan memorandum kepada wakil Umno. - Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai 'flash mob' di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan 'kelainan' apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 

Anggota polis yang diketuai  Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik  mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini. 

Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik". Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara. 

Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan. "Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)", dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, "aku pun bayar cukai, suka hati lah". Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha'ani Abdullah. Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha'ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan. "Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas," katanya selepas sesi penyerahan memorandum. Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat. "Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati  boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya," jelasnya. 

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Full content generated by Get Full RSS.

SBPA: Jelaskan rasa tidak puas hati, Subra gesa Cuepacs

Posted: 17 Dec 2011 01:48 AM PST

SERI KEMBANGAN, 17 Dis — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) supaya ia dapat ditangani secepat mungkin. 

Cuepacs akan mengadakan perhimpunan khas di ibu negara esok. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, Cuepacs kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya dipetik Bernama Online.

Subramaniam (gambar) ditemui pemberita selepas merasmikan "Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar" di sini hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut Cuepacs akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin bagi membincangkan mengenai SBPA yang disifatkan tidak begitu adil. 

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata skim baru yang ditawarkan itu bukan satu paksaan, malah terpulang kepada kakitangan kerajaan untuk menerima tawaran atau kekal dengan sistem lama.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved