Isnin, 19 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ideas: Malaysia perlukan ‘kerajaan terhad’ tangani krisis urus tadbir

Posted: 19 Dec 2011 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Malaysia memerlukan satu sistem "kerajaan terhad" - konsep yang mengehadkan peranan pihak pemerintah bagi mengelakkan pelbagai krisis yang disaksikan dalam urus tadbir negara, kata Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

Eksekutif Kanannya Medecci Lineil berkata, pelaksanaan konsep 'kerajaan terhad' antaranya harus meliputi saiz dan bilangan perkhidmatan awam yang kecil dan cekap, dan peranan ke arah itu harus diperlihatkan oleh Pakatan Rakyat bagi mewujudkan perbezaan tulen.

Selain itu, katanya, perbelanjaan kerajaan bagi emolumen, subsidi korporat dan sosial harus dipotong bagi memastikan sumber-sumber ekonomi, buruh dan modal digunakan secara efisien," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini, yang mengulas ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk Debunking ETP: Widening Income Gap, Khamis lalu.

Malah katanya, cukai kenderaan import seharusnya dimansuhkan, cukai pendapatan individu dan syarikat dikurangkan dan sektor pendidikan dan ekonomi perlu diliberalisasikan. Tetapi semua ini tidak disentuh dengan serius oleh Pakatan Rakyat.

"Datuk Seri Anwar seharusnya mencontohi usaha yang pernah dilakukan oleh Jean Chretien sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Kanada pada 1990-an. Walaupun beliau memimpin parti berhaluan kiri tengah, beliau melakukan pembaharuan dasar fiskal dan pemotongan perbelanjaan awam secara bersungguh-sungguh demi kebaikan negara," katanya.

Justeru kata beliau, sekiranya Pakatan Rakyat menunjukkan keikhlasan dalam mengehadkan fungsi kerajaan, maka barulah wujud perbezaan tulen antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional (BN).

"Hanya dengan itu Pakatan Rakyat akan menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Menurut Lineil,  Anwar dalam ucapannya telah menimbulkan beberapa perkara mendesak yang memerlukan perhatian segera.

"Ini termasuklah peningkatan kadar inflasi, pendapatan isi rumah yang semakin menghimpit, kebergantungan kerajaan terhadap Petronas,  peningkatan perbelanjaan kerajaan, dan ketirisan dalam pengurusan ekonomi negara," katanya.

Katanya, semua cabaran ini tidak mungkin diselesaikan sekiranya kita tidak menekankan prinsip kerajaan terhad, pemotongan perbelanjaan kerajaan, pengutamaan sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi, dan peranan sistem harga.

"Banyak masalah kini membelenggu rakyat akibat daripada campur tangan kerajaan yang keterlaluan dalam pelbagai hal. Misalnya, kawalan harga barangan seringkali menimbulkan pelbagai krisis pengguna seperti kekurangan gula, kekurangan minyak masak, serta penyeludupan diesel dan beras. Kadar faedah yang terlalu rendah pula mengakibatkan ramai rakyat berhutang kad kredit sehingga menjadi muflis, dan juga krisis hutang isi rumah yang semakin membimbangkan. Ini adalah contoh betapa penolakan liberalisasi pasaran akan membawa kegagalan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bendera Najib: Saifuddin Abdullah tetap mahu SMM, Bebas mohon maaf

Posted: 19 Dec 2011 01:48 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengulangi pendiriannya bahawa kumpulan mahasiswa, yang didakwa menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno kelmarin, harus meminta maaf.

Tegas beliau, soal perbezaan pendapat adalah perkara yang berbeza dan kumpulan itu harus meminta maaf kerana perkembangan menunjukkan mereka bersalah.

"SMM/Bebas mesti minta maaf atas tindakn turunkan bendera. Nak beza pndapat bab lain, itu soal lain.Tapi bab bendera, anda salah," kata beliau (gambar) menerusi mesej Twitter petang ini.

Terdahulu dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas)menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin SMM dan Bebas, yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

"Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.

Dalam satu lagi mesej Twitter kepada pemegang akaun @peterkhoon, Saifuddin berkata, "apa jua alasan (diberikan), menurunkan bendera adalah salah."

Dalam mesej susulan, Saifuddin juga berkata tindakan menurunkan bendera bukan politik baru.

Beliau juga menjawab pemegang akaun @alifftarmizi bahawa AUKU merupakan undang-undang yang mengurus tadbir institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, "semua negara ada undang-undangnya. Yang nak dipinda ialah Seksyen 15 untuk membenarkan mahasiswa berpolitik."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved