Selasa, 20 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib mahu tawar lebih banyak produk, perkhidmatan 1 Malaysia

Posted: 20 Dec 2011 02:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Lebih banyak produk dan perkhidmatan bersifat 1 Malaysia akan dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat sebagai membuktikan bahawa gagasan itu bukan satu falsafah semata-mata, kata Datuk Seri Najib  Razak.

Perdana Menteri berkata rakyat pada hari ini menghargai sumbangan kerajaan dan ini diluahkan melalui pelbagai medium.

"Kita boleh senaraikan Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Menu Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (sebagai perkhidmatan yang disediakan)," katanya semasa berucap pada majlis pemberian dekoder Astro secara percuma untuk pakej "njoi", di Projek Perumahan Rakyat Cochrane Perkasa di sini hari ini.

Menyentuh pemberian dekoder Astro itu, Najib berkata: "Kita akan perbanyakkan lagi produk seperti ini."

"Biarlah kita gunakan perkhidmatan ini untuk kebaikan kita semoga rakyat Malaysia akan terhibur selain mendapat maklumat terkini," katanya dipetik Bernama Online.

Najib menarik perhatian bahawa dunia kini memihak kepada golongan yang mempunyai akses kepada maklumat.

"Mana-mana kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada akses pengetahuan 'real time', mereka berada dalam keadaan 'disadvantaged' dan akan gagal bersaing dalam dunia hari ini," jelas Perdana Menteri.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu rakyat kurang berkemampuan terus tertinggal dalam memperoleh pengetahuan, dan siaran "njoi" itu direka untuk memberi pengetahuan, hiburan dan pendidikan kepada 50,000 keluarga termasuk penduduk di Sarawak dan Sabah.

"Yang saya amat tertarik hati dengan langkah Astro ini ialah kerana dalam memberi akses kepada 37 saluran televisyen dan radio, pihak pengguna akan dapat saluran yang menyediakan program bersifat hiburan dan di samping itu, ada beberapa saluran yang menyediakan kandungan bercorak pendidikan, terutama sekali kepada anak-anak di bangku sekolah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tunjuk bukti saya terperangkap agenda Umno, Hasan Ali gesa Mustafa

Posted: 20 Dec 2011 02:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Exco Kerajan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mahu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengemukakan bukti bahawa beliau telah terperangkap dalam agenda Umno mahu melemahkan parti Islam itu.

"Datuk Mustafa Ali merupakan antara pemimpin yang paling senior dalam struktur organisasi parti seolah-olah secara spontan terus memberi pandangan yang begitu negatif dan berniat jahat terhadap saya.

"Beliau mengatakan saya telah terperangkap dengan perangkap Umno dan kenyataan saya sebelum ini menurutnya mempunyai kaitan rapat dengan agenda Umno untuk melemahkan saya," katanya.

Minggu lalu, Mustafa menganggap Hasan dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan (gambar) yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Hasan menambah, Mustafa dengan bongkak dan sombong menggunakan autoriti dan jawatannya sebagai setiausaha agung parti melatah dan hilang arah sehingga sanggup meletakkan dirinya ke paras yang paling bawah dari sudut kewibawaan dan mengawal emosi.

"Saya mengharapkan Mustafa dapat memberitahu saya dalam masa terdekat fakta-fakta berkaitan perkara ini.

"Saya inginkan penjelasan mengenai perkara saya terperangkap dalam perangkap Umno dan juga saya terlingkung dalam agenda Umno untuk melemahkan parti beserta faktanya," tegas Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Mengulas berkenaan kenyataan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang secara sinis mengatakan dirinya boleh menyertai Umno jika mahu, ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat ini merasakan kenyataan itu sebagai "bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan terkini sesuatu isu."

"Perkara tersebut sudah saya perjelaskan berulang kali dan saya rasa tidak perlu untuk saya mengulangi kenyataan yang sama berulang kali dan saya sendiri tidak berminat" tegasnya.

"Saya perlu nyatakan wakil pimpinan pusat parti ada datang menemui saya enam hari lalu dengan membawa mesej pimpinan tertinggi dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan serta memaparkan nilai akhlak yang tinggi.

"Begitu juga pembantu presiden menyatakan keprihatinan (Mursyidul Am PAS Datuk) Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) terhadap apa yang berlaku.

"Pendekatan mereka jelas jauh berbeza dengan cara dan gaya Setiausaha Agung dan Naib Presiden," jelas Hasan lagi.

Pada sidang media yang sama, Hasan menggesa pimpinan PAS Pusat menyiasat kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungip bahawa namanya digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.

Hasan berkata beliau  mengharapkan pimpinan pusat  melakukan siasatan dan mengambil tindakan disiplin terhadap Shaari kerana membuat pengumuman mengenai pencalonan mendahului pemimpin tertinggi parti.

"Atas nasihat rakan-rakan, saya menggesa pimpinan parti melakukan siasatan ini bagi melenyapkan sebarang spekulasi yang timbul berkaitan pencalonan saya," katanya lagi.

Sehubungan itu jelas Hasan, siasatan dan tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan kekeliruan daripada terus berlaku dalam kalangan ahli dan penyokong PAS.

"Saya ingin menegaskan kepada ahli dan penyokong PAS, saya bukanlah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan polemik ini.

"Sebaliknya isu ini timbul hasil daripada pengumuman yang dikatakan tidak kena pada masa dan tempatnya oleh Ketua Penerangan PAS Selangor mengenai pencalonan saya," tegas Hasan lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved