Rabu, 21 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bersih: Langkah diumum tak cukup, SPR harus laksana semua lapan tuntutan

Posted: 21 Dec 2011 01:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Bersih 2.0 mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan kesemua lapan tuntutan yang telah dikemukakan oleh pihaknya sebelum ini meskipun agensi pelaksana pilihan raya itu sudah mula mengambil beberapa langkah.

"Bersih 2.0 menggesa SPR agar mempercepatkan pelaksanaan kesemua lapan tuntutan yang telah diletakkan sebelum pilihan raya umum akan datang," kata gabungan tuntutan pilihan raya itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Bersih 2.0, kesemua lapan tuntutan yang diletakkan pihaknya adalah penting bagi memastikan tahap minimum pilihan raya yang bersih dan adil dapat dirasai.

Dengan merujuk kepada beberapa pengumuman kelmarin, tegas Bersih 2.0, walaupun SPR sudah mengambil langkah-langkah ke arah pembaharuan pilihan raya, langkah-langkah yang diumumkan belum cukup memadai dalam memastikan tahap keadilan minimum yang diperlukan.

Kelmarin, SPR mengumumkan penggunaan dakwat kekal dan pengundian di peti undi membabitkan anggota tentera dan polis, bukan lagi menggunakan sampul surat di bawah sistem pengundian pos.

Anggota pasukan keselamatan itu akan mengundi lebih awal.

Kenyataan Bersih 2.0 berkata, Januari  2012 akan genap enam bulan sejak perhimpunan 9 Julai diadakan apabila sekitar  50,000 rakyat Malaysian turun ke jalan raya menuntut pembaharuan pilihan raya.

Sejak tempoh itu katanya, SPR hanya komited untuk memenuhi satu daripada lapan tuntutan khususnya dakwat kekal.

"Permintaan pembaharuan undi pos hanya sebahagian sahaja dilaksanakan manakala enam yang lain masih belum diatasi," katanya.

Selain itu, Bersih 2.0 juga kecewa kerana Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan oleh Dewan Negara semalam meskipun kandungannya bercanggah dengan hak fundamental untuk berhimpun.

"(Oleh itu) pilihan raya yang bersih dan bebas adalah fantasi apabila kebebasan sivil dikongkong," katanya.

Justeru, katanya, pihaknya mahukan usaha mendapatkan perkenan  Yang di-Pertuan Agong agar langkah mewartawkan undang-undang ditangguhkan.

"Rang Undang-undang itu harus ditarik balik dengan segera," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Agama Islam Terengganu bincang isu dua solat Jumaat esok

Posted: 20 Dec 2011 11:52 PM PST

KUALA TERENGGANU, 21 Dis ― Isu dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa masjid di negeri ini akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) esok.

Yang Dipertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata keputusan mesyuarat itu akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Esok baru tahu apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil terhadap masjid-masjid berkenaan," katanya pada sidang media hari ini.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata mesyuarat itu akan disertai pegawai tinggi kerajaan negeri Terengganu termasuk setiausaha kerajaan negeri, penasihat undang-undang, pegawai kewangan, mufti, ketua polis negeri dan pengelola istana.

Sultan Mizan ketika merasmikan pembukaan Masjid Sultan Ismail di Chendering dekat sini baru-baru ini, melahirkan rasa dukacita kerana kejadian solat dua Jumaat dalam satu kariah masih berlaku di Terengganu.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu terdapat 11 masjid yang kebanyakannya di Besut dan Marang masih melakukan perbuatan itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghentikannya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, masih terlalu awal bagi pihaknya memanggil pihak terbabit bagi memberi penjelasan.

"Selepas ini (esok) kita akan keluar laporan sejauh mana tindakan yang sudah diambil terhadap masjid-masjid berkenaan sebelum ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved