Sabtu, 24 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali

Posted: 23 Dec 2011 10:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

"Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

"Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini," katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan  terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

"Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?" kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

"Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan

Posted: 23 Dec 2011 09:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).

"Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Mustafa sebelum ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Dalam sidang media itu, Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mendedahkan individu yang kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno adalah Mustafa.

"Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan," katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan itu, Hasan berkata kepimpinan tertinggi PAS sepatutnya menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan 'stop-short' di situ.

"Kalau misalnya, nak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan (PAS) untuk buat siasatan lanjut. Kalau nak siasat pertemuan saya, siasatan sama juga harus dilakukan kepada pertemuan setiausaha agung dan pemimpin Umno," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved