Selasa, 27 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


‘DAP dan PAS akan menghadapi masalah bentuk negara bersama,’ kata Ibrahim Ali

Posted: 27 Dec 2011 03:37 AM PST

'DAP dan PAS akan menghadapi masalah bentuk negara bersama,' kata Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.

"PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah," katanya di sini.

Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.

"Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan," katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Ibrahim, sebarang perubahan terhadap dasar negara ini memerlukan pendekatan yang berhati-hati kerana banyak negara luar yang mengalami perubahan menjadi semakin buruk.

"Kita lihat kes Dataran Tahrir, Mesir bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi bertambah buruk," katanya lagi.

"Evolusi negara ini bukan perkara mudah, ia memakan masa dan perlu lebih berhati-hati, pendirian Perkasa jelas, kami akan melihat sejauh mana mereka betul-betul ikhlas, kemudian baru kami akan bat keputusan," jelasnya.

Mengulas berkenaan isu Hasan Ali yang dipelawa Perkasa untuk meyertai mereka, Ibrahim menjelaskan keputusan itu terletak di tangan bekas Pesuruhjaya PAS itu sendiri.

"Itu pendirian beliau, dari segi perjuangan Perkasa melihat kami mempunyai persamaan, memartabatkan institusi Raja, mempertahankan Bangsa Melayu dan agama Islam, tetapi sekiranya dia (Hasan) menolak, itu haknya.

"Sekiranya Hasan benar-benar ikhlas mempertahankan tiga perkara berkenaan, matlamatnya akan jelas, namun sekiranya itu sekadar kenyataan politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu kerana cakap-cakap orang dirinya tidak dicalonkan, kita akan tahu kebenaranya nanti.

"Pelawaan kami terhadapnya masih terbuka," tambahnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibrahim Ali: Anwar gunakan rakyat demi kepentingan diri

Posted: 27 Dec 2011 03:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menganggap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rakyat demi kepentingan diri dalam kes perbicaraan tuduhan liwatnya terhadap Saiful Bahari.

Menurut Presiden Perkasa ini lagi, ketua pembangkang itu seolah-olah memperlekehkan sistem perundangan negara dengan melancarkan perhimpunan pada 9 Januari ini-ketika keputusan kes perbicaraan tuduhannya meliwat Saiful akan diumumkan mahkamah.

"Ini kerja menghasut ... menghina sistem kehakiman dan perundangan negara, dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara, Anwar (gambar) ingat dia bersih?," tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di Kampung Bharu di sini.

"Keputusan belum dibuat, tetapi mereka sudah merancang untuk bertindak seolah-olah hukuman sudah dijatuhkan atas nama kuasa rakyat, mereka akan gerakkan perhimpunan besar-besaran itu," tambahnya lagi.

Menurut Ibrahim, perbicaraan kes liwat tersebut sudah dijalankan secara terbuka dengan memanggil pakar-pakar daripada luar negara, namun pembangkang masih menuduh terdapat konspirasi dalam perbicaraan berkenaan.

"Mereka nak macam mana lagi, mereka katakan itu adalah konspirasi, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada sistem perundangan negara," katanya dan menyifatkan tindakan menganjurkan perhimpunan tersebut merupakan penghinaan terhadap sistem kehakiman negara dan akan merugikan banyak pihak.

"Justeru, Perkasa mendesak kerajaan dan pihak keselamatan menggerakkan seluruh tenaga bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku dalam perhimpunan yang dirancang mereka.

"Mereka hanya tahu menghuru-harakan negara, peniaga-peniaga akan mengalami kerugian, akan berlaku kerosakan harta benda awamdan kecedaraan dalam perhimpunan tersebut," jelasnya lagi dan menganggap tujuan mereka itu hanya ingin memburukkan nama negara di mata dunia.

Pihaknya turut mendesak penganjur menunggu dan memberi peluang untuk badan kehakiman negara menjalankan tugas mereka daripada terus menghukum dan menimbulkan kekacauan.

"Perkasa dengan ini menyeru kepada semua pihak agar tidak menyertai perhimpunan yang dicadangkan terbabit sekiranya mereka cintakan tanah air ini, dan cintakan keamanan negara yang wujud sejak merdeka ini," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved