Rabu, 28 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Aziz Bari dilamar PAS

Posted: 28 Dec 2011 01:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.

Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.

"Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.

"PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar," katanya.

Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS.

"Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri," tambahnya.

Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.

"Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya," katanya lagi.

Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insider sebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, "politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat."

"Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Hasan minta maaf kepada Mursyidul Am

Posted: 28 Dec 2011 12:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat semalam untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti yang sebelum ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS mengenai perkara itu.

"Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali (gambar) yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya.

"Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan," kata Nik Aziz selepas melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama Bachok hari in.

Menurutnya, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hasan dan Nasharuddin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS yang lain di Kota Bharu.

Antara pemimpin yang ditemuinya adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, "sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia."

Sehubungan itu, menurut Nik Aziz, pihaknya sendiri akan mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan di JKR 10 hari ini sebagai tanda syukur terhadap penyelesaian kes berkenaan.

"Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan," katanya lagi.

Beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved