Khamis, 29 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pintu rundingan sudah ditutup, kata JCorp kepada DPMM

Posted: 29 Dec 2011 02:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Johor Corporation Bhd (JCorp), syarikat milik kerajaan negeri hari ini menolak tawaran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang berhasrat membeli keseluruhan kepentingan Kulim Bhd dalam QSR Brands Bhd bagi melindungi faedah KFC Holdings Malaysia Bhd (KFCH).

"JCorp tidak akan menjualnya kepada orang luar. Muktamad," kata jurucakap JCorp kepada The Malaysian Insider.

Seorang anggota, yang enggan namanya didedahkan kerana tiada kuasa untuk bersuara berkata kedua-dua pengurusan QSR dan KFCH telah mengeluarkan kenyataan pada 21 Disember yang mengatakan mereka menerima tawaran itu daripada Massive Equity Sdn Bhd dan tidak berhasrat mencari bidaan alternatif.

JCorp memegang kepentingan 53 peratus dalam syarikat perladangan Kulim, yang memiliki 57.5 peratus dari QSR; selain mempunyai kepentingan 50.6 peratus sumber kewangan KFCH.

Massive Equity merupakan sebuah perniagaan kenderaan di bawah JCorp dan rakan perniagaannya, sebuah firma persendirian, CVC Capital Partners Asia

Pacific, untuk menswastakan KFCH dan QSR untuk mencapai sasaran RM5.24 bilion atau RM4 pegangan KFCH dan RM6.80 pegangan QSR.

Sumber itu berkata perjanjian itu akan dibentangkan untuk kelulusan semasa mesyuarat agung syarikat pada Mac tahun depan.

Beliau menambah Kumpulan Carlyle dan Halim Saad sebelum ini turut menawarkan untuk membeli pegangan untuk perniagaan makanan segera tetapi JCorp menolaknya demi menjaga kepentingan KFCH.

"Kenapa kekalkan dalam kumpulan? JCorp adalah pelaburan negeri Johor dan ia melihat kepada kepentingan Bumiputera."

Presiden DPMM Syed Ali Alattas dalam laporan awal hari ini berkata pihaknya berhasrat untuk mendapatkan RM6.80 pegangan QSR dan ia boleh mencecah sehingga RM6.90 setiap pegangan.

"Ia terhenti daripada dimiliki orang luar," katanya.

"Apa yang kita katakan hari ini adalah tentang keadilan. Kita mahu semua rakyat mengamalkan keadilan."

Beliau menambah DPMM akan membuat pinjaman termasuk daripada Tabung Haji, Felda dan Amanah Saham Mara untuk membantu membiayai kos yang dianggarkan melebihi RM1 bilion.

Bernama, memetik seorang analisis yang tidak dinamakan berkata awal bulan ini Felda berhasrat membeli pegangan JCorp dalam QSR dan KFCH.

Syed Ali juga berkata DPMM akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

DPMM bercadang memperbesarkan francis KFCH kepada Bumiputera yang menjadi keutamaan, katanya.

"Sekali kita meluaskan pasangan, purata francis KFCH kira-kira RM500,000. Dengan 1,000 premis ... pendapatan yang bagus," katanya.

Syed Ali menambah sekiranya Kulim tidak berhasrat mejual pegangan dalam QSR kepada DPMM, pihaknya bersedia bekerjasama dengan syarikat itu.

JCorp merupakan rakan perniagaan CVC untuk membeli keseluruhan pegangan Kulim dalam QSR dan KFCH, yang mana agensi pelaburan negeri berkata akan membantu mengurangkan hutang 2012.

Pembelian pegangan itu dijangka menjadi satu langkah ke arah pelaksanaan rasioanal yang ditanggung JCorp, yang menyaksikan Kulim akan bertukar perniagaan daripada makanan segera kepada perladangan sebagai asas.

Pengarah kedua-dua QSR dan KFCH telah meluluskan tawaran pembelian dan syarikat-syarikat terpaksa memanggil mesyuarat agung di mana 75 peratus pemegang saham tidak berminat untuk melakukan undian.

JCorp berkata penerimaan pengarah-pengarah membuktikan bahawa cadangan itu mematfaatkan semua pemegang saham.

Ia menambah penswastaan tidak akan menyebabkan JCorp menanggung hutang tetapi ia sebagai transaksi aliran tunai pada masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkasa: Kenyataan Rev Eu terhadap Artikel 153 ‘bermotifkan politik’

Posted: 29 Dec 2011 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menuduh pemimpin gereja Kristian yang membangkitkan perkara berkaitan Artikel 153 Perlembagaan ketika sambutan Krismas lalu berunsurkan politik.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menggelarnya sebagai 'provokatif' dan mengemukakan teori terdapatnya hubungan antara kenyataan Reverend Dr Eu Hong Seng dengan pilihan raya umum akan datang.

"Saya percaya kenyataan Dr Eu itu didorong oleh unsur politik kerana pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi. Terdapat motif politik di sini yang saya lihat cubaan untuk mengelirukan orang ramai dengan mengatakan kerajaan tidak berlaku adil terhadap bangsa lain.

"Itu matlamat Dr Eu. Artikel 153 tidak boleh dipersoalkan ... terdapat motif politik untuk menghapuskan hak Melayu," katanya kepada pemberita di sini.

Pengerusi Kristian Avengelica Nasional (NEFC) itu ketika sambutan Krismas lalu membuat kenyataan bahawa Artikel 153 Perlembagaan  Persekutuan "membuli" sekiranya hanya melindungi hak sesetengah kumpulan etnik sahaja.

Artikel 153 menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk "memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk Pribumi Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan kaum lain sepertimana peruntukan Artikel ini".

Dalam ucapannya, Eu menekankan dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan hak Melayu dan Bumiputera, serta Sultan, tetapi "apa yang menjadi masalah adalah 'perpindahan hak' majoriti.

Kenyataannya itu telah membuatkan Presiden Perkasa mendesak polis segera menyiasat Eu.

Ibrahim, beserta Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar termasuk 30 ahlinya membuat laporan polis terhadap Eu berdasarkan artikel yang dikeluarkan The Malaysian Insider dan beberapa penerbitan lain.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, kenyataan Eu itu harus disiasat dengan serius oleh pihak polis, kerana ucapan tersebut di buat dalam majlis yang dihadiri oleh ahli politik bukan Melayu daripada Barisan Nasional, seperti MCA dan Gerakan termasuk parti pembangkang seperti DAP dan PKR.

Abdul Rahman pula menyatakan Article 153 bukan sahaja melindungi hak Melayu, bahkan juga termasuk Bumiputera di Sabah and Sarawak, yang majoritinya beragama Kristian.

Menurutnya, kenyataan Eu itu bersifat menghasut dan menuntut polis menyiasat pemimpin Kristian itu di bawah Akta Hasutan.

Abdul Rahman turut menyelar Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang hadir di majlis berkenaan tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Eu.

"Kami kecewa kerana Koh melepaskan orang yang melakukan perkara sedemikian."

Eu masih lagi tetap dengan pendiriannya bahawa "seseorang perlu menyuarakannya".

Pembangkang mendakwa, peruntukan berkenaan telah dimanipulasi oleh Umno dan sekarang digunakan sebagai "senjata".

Sementara itu, Pakar Perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa Artikel 153 membawa maksud Raja mesti menjaga kepentingan dan hak istimewa Bumiputera tanpa meminggirkan hak dan peranan kaum lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin pula sebelum ini telah menafikan dakwaan peruntukan tersebut membuli kaum lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved