Jumaat, 30 Disember 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


‘Imej maya’ dalam MyKad baru dapat elak kad dipalsu, kata JPN

Posted: 30 Dec 2011 01:23 AM PST

PUTRAJAYA, 30 Dis — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan "MyKad  dengan strukur baru" pada 3 Januari yang dipertingkatkan ciri keselamatan dan dapat menangani pemalsuan kad itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Moh Said berkata agensi itu menggunakan "teknologi laser terbaru" untuk mencetak MyKad baru yang mempunyai "imej maya" pemegang kad yang tidak boleh dibuang.

"Biasanya mereka akan mengubah warna foto. Tetapi jika anda mencuba untuk ubah imej maya ia akan memusnahkan keseluruhan kad," katanya kepada pemberita sambil menambah imej itu akan dicetak di bawah lapisan permukaan kad.

Wakil rakyat pembangkang telah mendakwa Barisan Nasional (BN) telah memberi MyKad kepada sekurang-kurangnya 1,600 warga asing antara Mac hingga Jun untuk mengundi pemerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Pakatan Rakyhat juga mendakwa pada Ogos lalu seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan dalam satu hari sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan  jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk mengkaji transformasi pilihan raya negara.

Jariah juga berkata kad baru itu dibuat daripada polikarbonat yang lebih kuat dan dilengkapi mikrocip berkualiti tinggi yang boleh mencapai kapasiti 80 kilobait (kb) berbanding 64 kb yang digunakan sekarang.

Beliau menambah langkah itu diambil berikutan aduan-aduan yang dikemukakan terhadap MyKad yang mula dikeluarkan pada 2000 tidak tahan lama dan mikrocip sering tidak boleh dibaca mesin pengimbas.

Walaupun enggan mendedahkan jumlah aduan yang dikemukakan kepada JPN namun beliau berkata kos untuk mengeluarkan setiap MyKad hanya RM24.50 berbanding RM27.20 sebelum ini.

Semasa dilancarkan, MyKad asal dikatakan berkebolehan mencapai fungsi tambahan seperti maklumat lesen memandu dan perdagangan elektronik.

Tetapi kebanyakan fungsi-fungsi itu tidak berjaya disebbakan kekurangan sambutan pasaran dan kad pintar tidak boleh dikesan.

MyKad baru yang akan diperkenalkan di Shah Alam dan Putrajaya pada 3 Januari ini akan dikeluarkan di seluruh negara dalam tempoh enam minggu selepas itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC

Posted: 30 Dec 2011 12:45 AM PST

Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari mahkamah sambil melambaikan tangan kepada media. — Foto oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan  skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.

Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.

Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.

Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari.

Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp.

Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC.

Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian.

SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara.

PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara.

Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507.

Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat.

Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau "satu-satunya isteri" pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC.

Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved