Selasa, 3 Januari 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Insiden UPSI: Mahasiswa buat laporan polis, dakwa polis gunakan kekasaran

Posted: 03 Jan 2012 01:04 AM PST

Oleh Lisa J. Ariffin

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kumpulan Aktivis mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) hari ini membuat desakan kepada Polis Bukit Aman agar segera menyiasat kejadian keganasan polis sewaktu demonstrasi mereka di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika malam tahun baru lalu.

"Kami mendesak pihak polis Bukit Aman untuk melihat berkaitan perkara ini kerena kami percaya terdapatnya penyiasatan yang indipenden untuk menyiasat kejadian sebenar," peguam mereka, Fadiah Najwa Fikri berkata kepada pemberita di sini selepas laporan polis dibuat.

"Terdapat ramai saksi yang melihat anggota polis menendang, dan memukul mahasiswa. Malah, kami sendiri ada menyimpan gambar dan video polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan kumpulan itu," tambahnya.

Fadiah menyatakan bahawa Malaysia berada di bawah Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana Perdana Menteri "telah berulang kali menyatakan negara akan mengutamakan kepentingan demokrasi dan hak asasi manusia ke peringkat tertinggi."

"Tapi adakah ini yang Najib maksudkan sebagai mengutamakan demokrasi dan hak asasi manusia?" Soalnya.

"Ini adalah satu penipuan. Pelajar-pelajar ini tidak bersenjata, mereka hanya menyuarakan hak mereka menuntut kebebasan akademik, tetapi dipukul oleh 200 pegawai," katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Bebas, Haziq Abdul Aziz, yang merupakan salah seorang daripada 17 pelajar yang ditahan pihak berkuasa berkata, pegawai polis yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.

"Tiada hak istimewa buat polis yang yang melakukan jenayah," katanya.

"Kami mengharapkan pihak polis akan mengambil tindakan tegas ( terhadap pegawai terlibat) dan tiada 'double standard' dalam menjalankan siasatan," tambahnya lagi.

Dalam kejadian malam tahun baru lalu, sekitar 60 mahasiswa daripada SMM dan Bebas mendakwa telah dipukul oleh anggota polis sehingga mengakibatkan seorang daripada pemimpinnya, Mohd Safwan Anang terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River.

Safwan mendakwa telah disepak di dada menggunakan lutut oleh anggota polis  dan mengalami pecah bibir serta sesak nafas.

Peguamnya, Mohd Khairuddin Othman semalam mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis di atas insiden tersebut dalam masa terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

Pakatan: 100,000 akan berkumpul di mahkamah, lebih banyak perhimpunan akan menyusul

Posted: 02 Jan 2012 09:52 PM PST

Pakatan: 100,000 akan berkumpul di mahkamah, lebih banyak perhimpunan akan menyusul

PETALING JAYA,  3 Jan — Pakatan Rakyat hari ini berkata akan mengumpulkan seramai 100,00 orang pada Isnin depan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan mengumumkan keputusan salah laku liwat.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) berkata pakatan pembangkang bersetuju untuk menggerakkan dan berkumpul di Kompleks Mahkaham Jalan Duta walaupun polis telah mengeluarkan arahan keras untuk tidak mengadakan perhimpunan semasa keputusan diumumkan yang telah mengambil masa dua tahun.

"Sistem kita begitu rapuh, kita perlu menjangka senario terburuk. Bersama PAS dan DAP kami akan mengumpul 100,000 orang di mahkamah untuk memberikan sokongan kami kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Ahli Parlimen Gombak ini.

Beliau juga mengingatkan perhimpunan awam akan diteruskan sehingga pilihan raya umum jika bekas timbalan perdana menteri itu didapati bersalah.

"Kami akan teruskan. Perhimpunan sama akan diadakan di Pulau Pinang pada sebelah malam. Jika beliau dibebaskan maka Anwar akan diraikan di negerinya. Jika tidak kami akan ke Pulau Pinang untuk menuntut tuntutan kami," katanya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman juga berkata parti Islam itu akan menyeru setiap kawasan untuk menggerakkan dan "walaupun mereka di Sabah dan Sarawak mahu menyertainya."

Anwar dituduh melibat bekas pembantunya, dakwaan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya, selain mengatakan ia adalah agenda untuk memusnahkan karier politiknya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendengar hujah penutup dari 8 Disember hingga 15 Disember dan akan mengumumkan keputusan pada Isnin ini.

Harapan ketua pembangkang itu untuk bergelar perdana menteri mungkin akan musnah sekiranya mahkamah memutuskan beliau bersalah yang akan membawa hukumum penjara maksimum 20 tahun.

Azmin menyifatkan tuduhan liwat itu sebagai "konspirasi berbahaya" namun menegaskan hari ini "rancangan Pakatan Rakyat tidak akan tergelincir dan akan dipilih menerajui kerajaan pusat selepas ini."

Anwar sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun pada 2000 tetapi Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan pada 2004 dan membenarkan beliau mengetuai kempen pilihan raya 2008.

Pada pilihan raya itu pakatan pembangkang menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan lima negeri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved