Ahad, 1 Januari 2012

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Happy Holidays in New York City

Posted: 31 Dec 2011 04:28 PM PST

The most intriguing Christmas shop window displays where no expense is spared has to be Bergdof Goodmans on Fifth Avenue, but Lady Gaga's Boudoir in Barneys, Madison Avenue was worth a detour.

JAN 1 — If I hear one more "Happy Holidays" I shall look the jolly greeter hard in the eye and blurt out: "It's Merry bloody Christmas...okay?" 

Seriously, apart from the wishy-washy political correctness of the all-encompassing Happy Holidays theme (I know, I get it, there's a host of Yuletide celebrations besides my "Merry Christmas" like Kwanzaa, the African-American holiday, and Jewish Hanukkah), we are having a jolly good time. 

New York City is "the best" at Christmas, locals say. It's true. It comes alive with hoards of must-dos; we'll never do them all, not in a lifetime of Decembers and unfettered access to Carlos Slim's bank account. 

Here's a potted version of the outings we've managed (to afford) during our first Christmas in the glittery Big Apple: 

Ice skating with film stars at the oh-so-trendy "The Standard" hotel, in  West Village. Ok. So the evil zookeeper (Clark Gregg) from "Mr Popper's Penguins" movie was ice skating with his daughter at the Standard's outdoor ice rink. It qualifies. Children's hot chocolates topped with marshmallows and sugary crepes served from twee alpine huts by handsome ski bum types (one for the mums). Warming cheese fondues enjoyed from comfy seats furnished with fluffy red blankets to stave off the chilly late December air. All with a view of Mr Zookeeper artfully completing circuits of the small rink. And after a few glühweins... us parents joined the children on the ice, like regular Torvill and Deans, or was it Thumper and Bambi? 

FAO Schwarz, Fifth Avenue. NYC's toy nirvana as advertised on the backseat TV screens of every single yellow cab journey I've made this month. My children waited a whole year for their visit. They weren't disappointed, except for my youngest who asked where the "real toy car" was. I think he was referring to the one in the advert driven by a precocious-looking toddler (dressed like an adult — such an Upper East trait) dodging a "live" monkey scurrying across a steamy jungle-clad aisle (what? are we back in Bukit Tunku?). 

Fortunately, this $24,999.99 Barbie doll foosball table wasn't going to fit into the girl''s Christmas stockings...

The hot pink Barbie doll foosball table with a price tag of $24,999.99 (RM79,224.97), one of 10 made worldwide, caught my girls' attention. But first prize for the ridiculous was awarded to two overly excited twenty-somethings giving a "live" performance of Chopsticks on what must be the largest piano on the planet—they were jigging erratically across the top of it, pressing the keys with their feet (and hands following a forward flip). Hard to explain; got to be there. 

A visit to Radio City's Christmas Spectacular, starring the Rockettes (dressed as Santa's reindeer below), has been a New York Christmas tradition since 1933.

Radio City Christmas Spectacular, Rockefeller Centre. Not a peep from the marvelled audience during the one-and-half-hour show consisting of close to 40 dancing girls called The Rockettes dressed as leggy showgirls (one for the dads), Santas, or as part of a Christmas Nativity and joined by three "live" camels, a flock of sheep and a donkey. 

Lady Gaga's hairy shop window display at Barneys, Madison Avenue. Lady Gaga was there too, well, a mannequin of, and literally everything in her boudoir was covered in hair: a frizzy blonde chaise longue, black braided stiletto and a ginger-lock framed mirror. Very weird. But in keeping I guess with NY's most provocative lady of fame. 

The New York Botanical Gardens annual holiday train. Following a NY tradition for the past 20 years, we made our first trip to the Bronx area to see model trains merrily winding their way around a miniature Manhattan. 

The twist to this exhibit, housed in a giant greenhouse, was that buildings—including Lady Liberty herself, the wedding cake shaped Chrysler Building, Metropolitan Museum and hundreds more—were painstakingly made from plants, nutshells and fungus.  "I just saw the Polar Express train mummy!" my seven-year-old cried as we walked under George Washington Bridge constructed from pine bark, twigs and magnolia leaves. 

Tiffany's at Christmas, very theatrical, and if you leaned into the Fifth Avenue displays to see the moving carousels you can smell the strong pine scent of the surrounding foliage.

And for New Year's Eve my friend — a fellow Brit and a relative "newbie" like ourselves recently emailed certain options for the big night: 

"Well, after some research I managed to find: 

a "Gala Night" at the Mandarin Oriental for $1,500 per head which clearly Jason [hubby] blew out of the water straightaway, 

an over 35s night at the Bryant Park Grill followed by ice skating and broken legs! 

got laughed at loudly when I called the Standard to see if they had any tickets left for the Debbie Harry concert at the rooftop bar!" 

Ahem, none of the above I don't think. 

Times Square is the big draw here. Only I have heard you have to be there at 3pm to save your spot of concrete — and with four children under nine — maybe not. 

My hubby wishes to wander the streets of NYC, maybe nipping via the Rockefeller Center to see the famed Christmas tree. The 75-year-old Norway Spruce from Pennsylvania reaches a heady 74 feet and is topped with a 25,000 Swarovski crystal studded star. 

Me? Well, I've a dreamy idea of finally taking that ride through Central Park on a horse-drawn carriage, children too — after all they are old enough now to remember what we did on New Year's Eve 2011 in NYC. And, please, finally, let it snow, let it snow, let it snow!

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Full content generated by Get Full RSS.

Perihal kritikan pedas Chef Wan, kesediaan kita menerima kritikan dengan hati terbuka

Posted: 31 Dec 2011 04:21 PM PST

Perihal kritikan pedas Chef Wan, kesediaan kita menerima kritikan dengan hati terbuka

1 JAN — Tiada siapa daripada kita yang suka dikritik oleh orang lain. Baik dari kalangan pemimpin atasan mahupun rakyat marhaen seperti penulis, semuanya sependapat dengan hakikat berkenaan. 

Maklumlah itu merupakan sikap semula jadi manusia yang sentiasa mahu dirinya dihargai apatah lagi dihormati. Apabila dihamburkan dengan pujian, secara tidak langsung ia boleh dianggap satu pengiktirafan kepada diri seseorang lantaran meningkatkan keyakinannya. 

Bagi mereka, sebarang kritikan biar yang kecil sekalipun seolah-olah meletakkan diri mereka dalam keadaan yang negatif.  Lebih buruk lagi, kritikan itu turut dilihat sebagai mencabar wibawa dan maruah dirinya yang perlu ditebus. 

Apabila wibawa dirinya tercabar, mereka melenting dan bermula dari peringkat inilah, mekanisme pertahanannya diaktifkan. Perihal mekanisme pertahanan yang dimaksudkan di sini ialah kecenderungan individu tertentu menggunakan bermacam cara untuk mempertahankan pendiriannya biarpun adakalanya tidak betul. 

Pelbagai alasan terus diberikan dengan harapan orang lain akan termakan dengan pendiriannya. Kelazimannya, individu-individu sebegini gemar memanipulasikan situasi di hadapan mereka seolah-olah seluruh dunia sedang menentangnya. 

Situasi tersebut tidak mungkin akan berlaku jika mereka berlapang dada dan menganggap kritikan yang dilontarkan sebagai sesuatu yang membina dan bukannya elemen desktruktif. 

Akan tetapi bagi mereka yang ego, sombong dan hanya melihat dirinya sahaja yang betul, apa jua kritikan akan menyebabkan mereka cepat melatah malah tidak mungkin mampu merobah perangai buruknya itu. 

Dan ini membawa penulis kepada kontroversi membabitkan juri Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan baru-baru ini yang mengeluarkan komen-komen pedas terhadap mutu persembahan peserta-peserta MLM yang disifatkannya belum mencapai lawak yang dimahukan. 

Komen-komen pedas Chef Wan yang pada dasarnya cukup ikhlas itu bagaimanapun tidak begitu disenangi oleh segelintir individu yang menyifatkan komen beliau agak keterlaluan. 

Apapun tabik kepada Chef Wan kerana ketika ditemuramah dalam program bual bicara Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24  beliau dengan lantangnya menegaskan, tidak kisah dengan perkembangan terbaru itu sebaliknya percaya bahawa komen-komen pedas yang dilontarkan bukan bertujuan untuk mengaib mana-mana peserta tetapi untuk memperbaiki kelemahan mereka. 

Katanya, peserta-peserta tidak boleh selalu mengharapkan pujian sepanjang masa daripada barisan juri  kerana jikalau persembahan mereka sememangnya tidak memuaskan, maka perkara sebenar perlu dinyatakan, bukan menyembunyikannya. 

Dalam konteks ini, terserlah kejujuran Chef Wan dalam memberikan kenyataan mengenai prestasi peserta MLM.  Pendek kata, hitam tetap hitam dan putih tetap putih, bukan sebaliknya.  Penulis bukanlah berniat untuk memihak kepada Chef Wan tetapi sebagai seorang yang mementingkan prinsip dan kejujuran, kelantangan Chef Wan wajar dicontohi. 

Perlu diakui bahawa nada suara Chef Wan dalam temuramah berkenaan sememangnya panas, tetapi di sebalik "kepanasan" emosinya itu, terselit mesej tersirat yang boleh dijadikan iktibar untuk kepentingan bersama. 

Dengan suasana masyarakat yang semakin individualistik dan kepura-puraan, bukankah sikap berterus-terang dan jujur resipi terbaik dalam pengisian kehidupan seharian kita? Sampai bilakah kita harus membiarkan kehidupan seharian kita dibayangi dengan kepalsuan dan kepura-puraan? 

Meskipun bilangan orang yang lantang memberikan pendapat secara kritis  tidaklah sebanyak mana, tetapi langkah pertama tetap menjadi langkah terpenting dalam memecahkan tembok kebuntuan itu. 

Apalah sangat dengan kritikan jika ia berniat baik, ikhlas dan penting untuk masa depan negara tercinta kita? Apakah ada pihak berkepentingan yang takut dengan bayangannya sendiri? Mengapa kebanyakan daripada masyarakat melihat kritikan itu sebagai sesuatu yang negatif? 

Kita mungkin telah diajar untuk menganggap kritikan sebagai sesuatu yang negatif sebelum ini, namun ia tidak bermakna pandangan terbabit harus kekal sedemikian hingga ke akhir hayat. Yang pasti, pandangan tersebut boleh diubah jika wujud kesungguhan daripada setiap individu. Daripada melihat kritikan sebagai elemen destruktif, ia seharusnya dipandang sebagai ejen perubahan. 

Apabila takuk pemikiran ini tidak diubah, lama-kelamaan ia pasti menjadi ikutan ramai. Dan selagi takuk minda lama tidak berubah, maka selama itulah budaya ini akan membarah. Apa yang anda saksikan dalam dunia politik negara terutamanya percakaran sesama pemimpin politik yang gemar cabar-mencabar di khalayak adalah berpunca daripada keengganan mereka untuk menerima kritikan. 

Masing-masing kiasu, kiasi dan begitu pentingkan maruah. Apakah begitu sukar untuk merendahkan ego mereka? Apakah mendengar kritikan daripada pihak lain mampu merendahkan martabatnya? 

Untuk melangkah lebih jauh, sudah tiba masanya untuk mengubah tabiat buruk ini.  Umumnya, jangan menganggap kritikan yang dilontarkan oleh seseorang sebagai sesuatu yang tidak berguna. Adalah merupakan satu kesilapan besar jika kritikan sedemikian diketepikan begitu sahaja hanya disebabkan individu yang mengkritik itu adalah musuh ketat anda. Yang pentingnya, melalui kritikanlah, segala kepincangan diri dapat dikesan sekaligus diperbetulkan semula. 

Apa yang pastinya, apabila ada orang yang mengkritik, ia bermakna ada pihak yang prihatin dan mahu melihat penambahbaikan. Jangan sampai tidak ada orang mengkritik nanti, segalanya mungkin sudah terlambat. Ubahlah sikap kita dalam menilai sesuatu kritikan. 

Jangan menilai sesuatu hanya pada permukaan sahaja. Dengar baik-baik sebelum melatah. Elak daripada berfikiran bahawa hanya pandangan anda sahaja yang betul manakala selebihnya adalah salah. 

Hari ini merupakan hari pertama dalam Tahun Baharu 2012.  Sesungguhnya, di awal tahun baharu, tertanam tekad dan azam untuk kehidupan yang lebih berjaya dan gemilang, lebih-lebih lagi dalam kerjaya masing-masing. Menyedari hakikat itu, beranikah, mampukah dan sanggupkah kita semua berubah ke landasan yang lebih baik sempena tahun baharu 2012 ini? 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

* Segala pandangan yang diberikan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved