Selasa, 28 Ogos 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pelawak terkenal Imuda rugi RM7,000 rumah dipecah masuk

Posted: 28 Aug 2012 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya  hari ini.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.

Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.

"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya.

Pameran kekejaman pengganas komunis di Muzium NS dari 3 September – 30 November

Posted: 28 Aug 2012 02:19 AM PDT

Pameran kekejaman pengganas komunis di Muzium NS dari 3 September – 30 November

SEREMBAN, 28 Ogos — Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan Pameran Kekejaman Pengganas Komunis di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong di sini selama tiga bulan mulai 3 September ini sempena program sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55.

Pengarahnya Shamsuddin Ahmad berkata pameran dalam bentuk gambar, dokumen, senjata, peralatan dan diorama (model) ini memaparkan kekejaman pengganas komunis khususnya sewaktu zaman darurat di Tanah Melayu (1948-1960) dan dibuka percuma kepada pengunjung.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini, selain itu, satu lagi pameran oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di perkarangan Muzium Negeri selama tiga hari mulai 3 September.

Katanya pameran ATM ini akan menampilkan 'mock-up' pangkalan tentera dalam hutan, selain kenderaan dan senjata yang digunakan ATM.

Shamsuddin berkata forum pengkisahan sejarah semasa zaman darurat akan turut diadakan sempena perasmian pameran Kekejaman Pengganas Komunis ini pada 3 September.

Dua tokoh penceramah yang diundang pada forum itu ialah bekas Ketua Polis  Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan bekas Panglima Medan Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.

"Sebuah persembahan pentomin peristiwa Bukit Kepong akan dipersembahkan oleh Muzium Polis Diraja Malaysia pada majlis perasmian pameran tersebut di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan di sini," katanya.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved