Rabu, 29 Ogos 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


KPN guna agama untuk pertahan statistik jenayah

Posted: 29 Aug 2012 02:01 AM PDT

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa berdosa andai beliau memanipulasi statistik jenayah. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar hari ni berkata, adalah berdosa untuk beliau memanipulasi statistik jenayah, dalam mempertahankan kenyataan dari kerajaan bahawa kadar jenayah semakin menurun walaupun persepsi rakyat mengatakan sebaliknya.

Beliau juga mencabar mereka yang mengkritik untuk membuktikan statistik jenayah telah dimanipulasi, dan berkata akan mengambil tindakan ke atas mereka yang bersalah.

"Saya terbuka kepada kritikan," katanya hari ini, dengan berkata, rakyat digalakkan memberitahunya jika ada sesuatu yang tidak kena.

Minggu lalu, surat dari tidak dikenali, dikatakan ditulis oleh seorang pegawai polis yang bernama Sumun Osram, telah mendakwa kes jenayah telah bertukar dari jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks yang tidak didaftarkan sebagai sebahagian dari statistik rasmi dari unit keberkesanan Putrajaya PEMANDU.

Di Malaysia, polis membahagikan jenayah kepada dua kategori, indeks dan bukan indeks — yang mengatakan jenayah indeks adalah jenayah yang berlaku secara berulang dan memberi signifikan kepada indikator situasi jenayah, manakala bukan indeks dianggap kes minor.

Semalam, polis mengatakan bahawa dakwaan itu sebagai "tidak benar", dan mengekalkan data yang diberikan sebagai statistik jenayah.

Polis menambah, secara keseluruhan, jenayah (indeks dan bukan indeks) telah menurun dari tahun 2010, 2011 dan 2012.

Awal hari ini ahli parlimen DAP, Tony Pua berkata jawapan polis terhadap dakwaan data jenayah yang dimanipulasi itu sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

"Jika tidak ada manipulasi data seperti didakwa PDRM (Polis DiRaja Malaysia), bagaimana mereka boleh jelaskan perbezaan trend antara jenayah indeks dan bukan indeks?" kata Pua.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan juga telah meluahkan pandangan yang sama, dengan berkata, pihak berkuasa perlu membuktikan data itu dengan jawapan yang benar-benar meyakinkan orang awam.

Bulan lalu, PEMANDU mempertahankan pandangan mereka dari kritikan orang awam tentang statistik mereka yang bercanggah dengan keadaan sebenar.

Agensi itu, bersama polis dan Kementerian Dalam Negeri telah berterusan berkata kadar jenayah telah menurun sejak inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) sejak dua tahun lalu.

Pengarah bidang keberhasilan negara (NKRA), dalam pengurangan jenayah PEMANDU Eugene Teh, pada Julai yang lalu telah menunjukkan statistik indeks jenayah menurun dari 10.1 peratus pada Januari hingga Mei tahun ini berbanding dengan tahun lalu.

Agensi itu juga berkata secara perbandingan juga, kadar jenayah telah menurun dari 11.1 peratus pada tahun 2010 tahun lalu, manakala jenayah jalanan telah menurun 39.7 peratus dalam tempoh yang sama.

Kajian: Peniaga Cina tidak puas hati dengan prospek ekonomi Malaysia

Posted: 29 Aug 2012 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Komuniti perniagaan Cina Malaysia tidak bekeyakinan dengan matlamat kerajaan untuk keluarkan Malaysia dari perangkap pendapatan sederhana, dengan 72.9 peratus mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi negara menjelang pilihan raya yang umum (PRU) ke-13, menurut satu kaji selidik yang dilakukan di seluruh negara.

Banyak PKS dan IKS (perusahaan kecil sederhana dan industri kecil sederhana) juga tidak mendapat manfaat daripada inisiatif pentadbiran Najib, membawa kepada pandangan pesimis mereka mengenai prospek ekonomi negara bagi tahun hadapan, mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh Malaysia Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM).

78.6 peratus percaya Malaysia tidak akan berjaya dengan matlamatnya untuk keluar dari dilema pendapatan sederhana manakala baki 21.4 paratus yakin dengan kejayaannya.

"Keputusan tidak meyakinkan secara menyeluruh," menurut kajian tersebut.

Menurut laporan kajian tersebut yang mendapatkan maklumbalas dari peniaga Cina tempatan tentang situasi ekonomi separuh masa pertama 2012.

Faktor utama yang menjejaskan persembahan perniagaan dalam tempoh ini termasuk peningkatan dengan kos operasi dan harga bahan mentah, dasar-dasar kerajaan seperti pelaksanaan gaji minimum, kekurangan tenaga kerja, dan persaingan domestik.

Walaupun kaji selidik itu mendapati bahawa majoriti responden atau 48 peratus daripada mereka melihat ekonomi Malaysia agak stabil pada separuh pertama tahun 2012, ini adalah penurunan ketara daripada peratus 56 peratus yang berkata ianya sama bagi separuh kedua 2011.

Menurut laporan kaji selidik itu yang mendapatkan maklum balas daripada perniaga Cina tempatan mengenai keadaan ekonomi bagi separuh pertama tahun 2012, mendedahkan bahawa faktor utama yang menjejaskan persembahan perniagaan dalam tempoh ini termasuk peningkatan dalam kos harga dan operasi bahan mentah, dasar-dasar kerajaan seperti pelaksanaan gaji minimum, kekurangan dalam tenaga kerja dan persaingan domestik.

"Banyak perniagaan telah menjadi kurang optimis, ditambah pula pesanan baru dan pengeluaran berkurangan kesan daripada permintaan global yang lemah manakala usaha oleh kerajaan di peringkat makro mungkin belum dirasai mereka.

"Mereka sedang dihimpit oleh kenaikan kos menjalankan perniagaan," kata Datuk Lim Kok Cheong dari ACCCIM dalam sidang akhbar hari ini.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved