Isnin, 10 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Wanita Pakatan yakin pertambahan calon dalam PRU ke-13

Posted: 10 Sep 2012 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Ketua  Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, mewakili Wanita Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang media hari ini memberi keyakinan akan lebih ramai lagi calon wanita dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini sekaligus membuktikan komitmen PR dalam memperjuangkan isu melibatkan wanita di Malaysia.

Disamping itu Zuraida juga berkata Wanita PR akan memperkenalkan polisi untuk kaum wanita seperti yang terdapat dalam Buku Jingga dengan memperkenalkan tujuh tumpuan utama (polisi Wanita PR) sebagai manifesto menjelang PRU ke-13 nanti.

Tujuh tumpu utama tersebut akan dilancarkan sempena malam "Agenda Wanita Malaysia" pada 13 September ini di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam.

Dengan tema "Falsafah Hormat Wanita", Zuraida turut berharap agenda yang akan dibawa oleh Wanita PR ini akan dapat membantu kaum wanita menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini serta membantu meningkatkan permanent mereka dalam membangunkan negara.

Selain itu, Zuraida juga menegaskan pihak kerajaan menerusi agensi-agensi dan kementeriannya sudah tidak relevan dan tidak lagi memainkan peranan penting tetapi sebaliknya sudah terkebelakang dalam memperjuangkan isu wanita.

"Kementerian kerajaan kini sudah tidak boleh diharap dalam memperjuangkan isu wanita, malahan tidak lagi berfungsi untuk membantu wanita," kata Zuraida.

MENYUSUL LAGI

Usahawan kecil Kelantan mendapat dana Mara RM3 juta

Posted: 10 Sep 2012 12:39 AM PDT

GUA MUSANG, 10 Sept — Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan dana RM3 juta memberi pinjaman kepada usahawan kecil di Kelantan tahun ini, kata ahli majlis Mara Mohamad Saufi Deraman.

Beliau berakta wang tersebut adalah sebahaagian daripada RM50 juta dana disediakan kerajaan untuk usahawan kecil seluruh negara yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga bulan lepas.

Pinjaman tanpa faedah itu bertujuan menambah modal pusingan usahawan kecil bagi mengembangkan perniagaan mereka, kata Saufi kepada pemberita selepas "Program persemukaan Mara bersama usahawan kecil dinamik daerah Gua Musang" di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri menyediakan dana berkenaan untuk memberi peluang kepada usahawan kecil memohon pinjaman berkenaan.

Saufi berkata baki RM47 juta daripada dana itu diagihkan kepada usahawan kecil negeri lain dan peruntukan terbanyak untuk Kuala Lumpur berikutan mempunyai ramai usahawan kecil bumiputra.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan menambah dana pinjaman usahawan kecil itu tahun depan supaya lebih ramai usahawan kecil di negeri-negeri dapat memohon.

"Tahun ini, dana itu disediakan sedikit sahaja dan belum mampu menampung keperluan seluruh negara yang dianggarkan ada lebih 6,000 usahawan."

Katanya, Mara menguruskan dana sejumlah RM28 juta untuk pinjaman kepada peniaga besar atau industri dengan kadar pinjaman sehingga RM100,000 supaya mereka dapat mengembangkan perniagaan.

"Kita sedang berusaha mengalakkan usahawan di negara ini memajukan perniagaan mereka ke peringkat global," katanya. — Bernama

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved