Rabu, 12 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pembelian saham FGVH menguntungkan di masa depan, kata KWSP

Posted: 12 Sep 2012 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Keadaan pasaran yang lemah serta keadaan saham syarikat perladangan tidak menentu punca kenapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH), dalam satu kenyataan yang dikirim hari ini.

KWSP adalah salah satu pelabur utama FGVH dan meningkatkan pelaburannya dalam syarikat tersebut dari 5.07 peratus pada 4 Julai yang kepada 7.02 peratus semalam.

KWSP berkata semalam mereka positif dengan sektor perladangan yang kadang kala mempunyai turun naik dalam pasaran.

"Kami membeli saham-saham tersebut dan mengambil peluang ke atas pasaran lemah dan harga rendah dalam CPO untuk menambahkan saham kami bagi peningkatan keuntungan masa hadapan," kata KWSP.

KWSP berkata bahawa FGV adalah syarikat minyak kelapa sawit ketiga terbesar dunia berdasarkan pemilikan hartanah, dan kedua terbesar di Malaysia.

"Kami mengambil kesempatan ke atas keadaan pasaran yang lemah untuk membina FGV sama seperti syarikat perladangan yang lain seperti KLK, IOI, Sime Darby dan United Plantation," kata KWSP lagi.

"Sebagai pelabur yang bertanggungjawab, kami akan sentiasa memerhatikan secara terperinci saham dalam portfolio kami."

Saham FGVH, IPO kedua terbesar tahun ini, meningkat sebanyak 20 peratus pada 28 Jun apabila masuk buat kali pertama namun pasaran menjadi tidak menentu selepas kenaikan tersebut.

Semalam, syarikat tersebut mula mendapat perhatian apabila harga mencecah RM4.55 seunit,  merosot 11 sen dari harga pembukaan, kemudian kepada RM4.57 sebelum meningkat kepada RM4.73 pada akhir pasaran.

Pagi ini harga itu merosot kepada RM4.71 sebelum meningkat kepada RM4.76 pada waktu rehat tengah hari.

FGVH dilaporkan mengalami kerugian pada suku kedua tahun ini, iaitu turun 32.5 peratus dari harga awal tahun, akibat dari kekurangan tuaian kelapa sawit, peningkatan kos operasi dan penurunan keuntungan dari syarikat subsidari dari pengeluar gula, MSM Holdings.

Kumpulan itu berkata mereka menghadapi isu seperti pokok kelapa sawit tua yang mewakili 53 peratus dari 320,000 hektar tanaman kelapa sawit, yang dianggap tertinggi dalam industri, dan penanaman semula menyebabkan syarikat itu terpaksa menunggu lebih lama untuk pokok itu matang.

FGVH juga dilaporkan mengalami kemerosotan pengeluaran per hektar, dengan pengeluarannya ketiga terendah di kalangan syarikat pengeluaran kelapa sawit Malaysia.

Harga pasaran kelapa sawit dijangka kekal lemah di mana jumlah pengeluaran Malaysia masih kekal di angka yang sama, dan mendapat persaingan dari negara jiran Indonesia.

Bagaimanapun, FGVH mempunyai dana tunai yang kukuh di samping polisi pembayaran 50 peratus dividen.

Pasaran saham mungkin mendapat manfaat — sektor perladangan bakal menjadi pasaran terbesar di mana syarikat utama mungkin akan lebih banyak melabur ke pelaburan hartanah.

Anwar setuju Selangor tidak adakan pilihan raya serentak

Posted: 12 Sep 2012 12:38 AM PDT

Anwar menyelar sikap tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya yang masih lagi gagal menyelesaikan beberapa isu penting. — Gambar file

PETALING JAYA, 12 Sept — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor untuk tidak mengadakan pilihan raya serentak sekiranya parlimen digubal selagi senarai nama pengundi tidak dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anwar juga menyelar sikap tidak bertanggungjawab SPR yang masih lagi gagal menyelesaikan beberapa isu penting, terutamanya di Selangor, walaupun banyak aduan dan rungutan dibuat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustaffa Ali juga bertindak mempersoalkan kredibiliti SPR yang dilihat enggan bekerjasama walaupun pihak Pakatan Rakyat (PR) telah menghantar permohonan untuk bertemu dengan wakil SPR bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved