Rabu, 19 September 2012

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rakyat Malaysia yang membunuh pakar bedah jantung Australia dibebaskan dengan parol

Posted: 19 Sep 2012 02:11 AM PDT

Rakyat Malaysia yang membunuh pakar bedah jantung Australia dibebaskan dengan parol

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Rakyat Malaysia yang menembak mati Dr Victor Chang, pakar bedah jantung Australia yang terkenal di Sydney dua dekad lalu dalam satu cubaan peras ugut akan dilepaskan dari penjara dengan parol, dan akan dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Liew Chew Seng telah menjalani 21 tahun daripada 26 tahun hukuman penjara Negeri New South Wales Pengerusi Lembaga Parol, Hakim Ian Pike membuat keputusan hari ini untuk melepaskan Liew dengan parol.

"Dengan prinsip bahawa kepentingan awam adalah penting, pihak berkuasa telah memutuskan bahawa pembebasan penghuni adalah sesuai," Pike dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Australian.

Peguam Negara New South Wales telah lebih awal membantah sewaktu pendengaran pemberian parol, dilaporkan berkata bahawa "masa masih belum tiba" untuk berbuat demikian.

Tetapi peguam Liew menggunakan alasan penyakit Parkinson dan usia beliau yang telah mencapai 68 tahun dan demensia ringan untuk berhujah bagi memihak kepada beliau.

Berikutan keputusan hari ini, Liew dijangka akan dikeluarkan pada awal bulan depan dan akan dihantar pulang ke Malaysia.

Pada tahun 2010, rakan sejenayah Liew, Phillip Lim Choon Tee, yang telah menjalani 18 daripada 24 tahun hukuman penjara, telah juga diberikan parol dan dihantar pulang ke Malaysia.

Kedua mereka telah membuat percubaan untuk memeras ugut Dr Chang di Mosman yang terletak sebelah utara Sydney.

Keluarga Dr Chang masih belum bercakap mengenai keputusan untuk memberikan parol kepada kedua-dua lelaki tersebut lapor akhbar The Australian.

Pemindahan jantung pertama berjaya di Australia telah dijalankan oleh Dr Chang pada tahun 1984 dan beliau juga telah dipilih sebagai Rakyat Australia untuk Abad tersebut pada tahun 2000.

CUEPACS tuntut rumah lebih murah untuk penjawat awam

Posted: 19 Sep 2012 01:27 AM PDT

Rumah mampu bilik terdapat di kawasan luar bandar sedangkan ramai penjawat awam berkhidmat di pusat bandar, lalu menimbulkan kesukaran kerana terpaksa berulang-alik ke tempat kerja yang agak jauh. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 19 Sept —  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menuntut kerajaan agar memastikan pemaju bandar menyediakan kuota sebanyak 35 peratus untuk rumah mampu milik yang berharga RM150,000 untuk penjawat awam, di dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan minggu hadapan.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, sementara rumah mampu milik terdapat di kawasan luar bandar, ia terlalu jauh untuk berulang-alik ke tempat kerja.

"Kita mahu kerajaan untuk mencadangkan polisi untuk memastikan 35 peratus dari perumahan di bandar bernilai RM60,000 hingga RM150,000 untuk dilaksanakan agar penjawat awam yang memperolehi pendapatan kurang dari RM3,000 untuk mudah ke tempat kerja," kata Osman.

Dia juga menambah beberapa tuntutan seperti menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), selesaikan isu 45,000 hingga 60,000 penjawat awam kontrak dan penambahan elaun penambahan kos (COLA) yang pernah dibangkitkan dahulu.

"Permintaan ini bukannya baru, tetapi perkara lama yang sangat penting untuk disampaikan, kerana kita dapati terdapat banyak aduan dan laporan tentang hal ini," kata Osman.

Presiden Cuepacs berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama ada pada Oktober atau November selepas perbentangan bajet.

Ahli majlis tertinggi seramai 120 orang, juga mahu kedua-dua pemimpin itu untuk menghadiri kongres, termasuk ahli dari Sabah dan Sarawak untuk membincangkan isu tersebut," kata Osman lagi.

Presiden Cuepacs itu menambah ahli majlis tertinggi juga membantah tindakan kerajaan dalam membubarkan Mesyuarat Antara Jabatan pada Mei lalu, yang menyebabkan kesatuan sekerja sukar untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin peringkat persekutuan.

"Kami telah mengadakan banyak perbincangan selama dua puluh tahun dan kami rasa terkilan kerana ini dilakukan tanpa perbincangan dengan Cuepacs," kata Osman lagi.

Bila ditanya tentang penjawat awam harus memberikan yang terbaik selepas semua tuntutan diberikan, Osman berkata, ahli majlis tertinggi mencadangkan supaya pekerja bekerja setengah jam lebih setiap hari untuk meningkatkan produktiviti.

"Bayangkan jika kerajaan menerima tambahan setengah jam untuk 1.4 juta pekerja awam, jika dilihat dari segi kos, mereka dapat lebih dari apa yang kami dapat.

"Kebanyakan penjawat awam tiba awal ke tempat kerja lebih awal, dan pulang lewat, tetapi kita akan memastikan kongres kita untuk memastikan kita akan mendapat tuntutan kita," kata Osman yang berkata kongres Cuepacs akan dilakukan selepas pembentangan bajet.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved